Seorang wanita warga emas dari sini mengakui dia seringkali menghadapi masalah kerana nama lelaki yang sama dengannya, Alias Ali.
Alias, 69 tahun, berkata dia kerap mengalami kekeliruan terutama di klinik, hospital, dan pejabat kerajaan disebabkan nama yang sama.
Walaupun menghadapi cabaran ini, ibu tunggal dengan lima anak itu menerima takdirnya dengan lapang dada.
“Sebenarnya ada cerita di sebalik nama Alias. Sewaktu saya dilahirkan, arwah bapa cedera terkena kapak sewaktu menebang pokok.
“Jadi datuk saya yang kurang pendengaran bertanggungjawab mendaftar kelahiran di balai polis. Saya tidak pasti sama ada arwah menyangka saya lelaki atau anggota polis yang tersalah dengar.
“Saya diberi nama Alias walaupun seorang perempuan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cheting di sini semalam.
Menurut orang tua itu, walaupun namanya Alias, dia diasuh dan dididik sebagai seorang perempuan oleh ibu dan bapanya.
“Dulu-dulu memang saya sering diusik dan diejek rakan sebaya sewaktu kanak-kanak dan remaja, namun saya tidak pernah ambil hati dan anggap ia sekadar gurauan,” katanya.
Anak ketiga daripada empat beradik tersebut menerangkan bahawa dalam keluarganya, hanya dia yang memiliki nama yang unik.
Kakak, abang, dan adiknya diberi nama Zainun, Mohd. Yusoff, dan Mahmud.
Wanita ini juga menambahkan bahawa ibunya pernah cuba menukar namanya kepada Kamariah, tetapi usaha tersebut tidak berjaya kerana terdapat terlalu banyak prosedur yang perlu diikuti.
“Zaman dahulu kemudahan jalan raya dan pengangkutan ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara tidak mudah seperti sekarang,” katanya.
Nenek kepada 13 cucu yang akrab dengan panggilan “Mokyah” mempunyai pandangan tersendiri tentang nama “Alias.”
Meskipun dia kehilangan suaminya lebih daripada 20 tahun yang lalu akibat strok, dia merasa bersyukur kerana menikmati kebahagiaan dalam kehidupan keluarganya, walaupun namanya dihubungkan dengan kaum lelaki.
Baca:
“Yang penting saya gembira sekarang” – Fyna Jebat cerita hubungan terkini dengan Zainal Abidin
“Saya jumpa boyfriend di situ, kemudian putus” – Ernie Zakri dedah sangkut cinta monyet di kem PLKN
Ketabahan mereka mengagumkan walau dihujani bom bertalu-talu, ini 3 perangai ‘pelik’ orang Palestin