Realtime website trackingweb stats

Datang lewat sejam tapi mengeluh barang habis dan saiz ayam kecil, perangai macam ini pun ada

Oleh FATIN AQILAH

Sikap seorang individu menyalahkan kerajaan hingga tergamak menganggap Jualan Rahmah menjadikan rakyat macam pengemis akhirnya mengundang kecaman.

Pengguna Facebook, Azura Manas antara lain mengeluh saiz ayam kecil, minyak masak sudah habis dan susu hanya boleh beli dua tin sahaja semasa Jualan Rahmah di kawasannya.

Walhal, dia sendiri mengakui hanya mula beratur sejam selepas Jualan Rahmah bermula. Itu pun hanya 30 minit sahaja dia berbaris menanti giliran sebelum dapat membeli.

Susulan itu, seorang pengguna Facebook, Raja Gelap II dalam reaksi balasnya menyatakan turut sedih dengan luahan Azura itu tetapi bukan terhadap cerita tersebut sebaliknya sikap individu berkenaan.

Datang lewat sejam tapi mengeluh barang habis dan saiz ayam kecil, perangai macam ini pun ada

Berikut hujah Raja Gelap II dalam membidas naratif pihak pembangkang yang hanya mahu memburukkan kerajaan:

Jualan Rahmah ni kira jualan murah. Dah namanya jualan murah, memanglah orang bertumpu. Bukan Jualan Rahmah saja, jualan dekat AEON pun beratur orang nak bayar.

Jualan mula pukul 4 petang. Dia sampai pukul 5. Dah lewat dah tu. Tapi pukul 5.30 dah dapat giliran. Tak adalah lama sangat beratur. Lebih lama orang beratur nak beli khunafa tu.

Kalau nak cepat, lain kali datang awal. Lebih baik sebelum mula jualan dah tercongok situ. Rasanya ramai buat begitu. Tapi kalau ada kekangan masa, redha sajalah.

Soal saiz ayam kecil tu, biasalah. Dah nama jualan murah. Ingat macamana penganjur boleh dapat murah? Kenapa pengedar boleh jual murah? Jualan begini, win win.

Pengedar dapat jual ayam yang tak ikut spesifikasi saiz, pembeli dapat ayam murah. Begitu juga dengan bawang. Tapi kalau biasa pergi pasaraya, bawang dah bercambah ni biasa. Sebab bawang import.

Lagi dia pergi lambat. Yang elok orang dah pilih dulu. Bila penganjur nampak orang pilih, penganjur pun tetapkan tak boleh pilih. Yang datang awallah yang untung.

Sebab tu aku tak pernah terkejar jualan murah ni. Biarlah orang nak berebut. Bagi aku lebih penting kualiti dan keselesaan membeli.

Sebab itu aku baru 2 kali masuk Ikea walaupun dekat je dengan rumah aku. Sebab selalu penuh.

Datang lewat sejam tapi mengeluh barang habis dan saiz ayam kecil, perangai macam ini pun ada

Soal susu tu, memang biasa jualan begini, pada awal boleh beli banyak. Kalau nak sekat takut tak habis. Tapi bila barang dah tinggal sedikit tapi yang beratur masih panjang, kenalah kurangkan had.

Sekali lagi, kalau nak banyak, datang awal. Dah tahu jualan begini memang ramai orang. Dunia ni bukan ada kita je. Ada ramai orang lain. Semua orang nak apa yang kita nak.

Baka kata Kristal “zaman ini serba pantas. Lambat sikit kita kan dipintas” (Seragam Hitam). Nak dapat apa kita nak, kena pantas. Jangan lambat. Ok?

Bahagian terpaling best dia kata “kamu tak berada dalam situasi aku”. Aku tak berada dalam situasi dia. Tapi aku dah jumpa orang yang lebih teruk dari situasi dia.

Zaman Mahiaddin, aku jumpa posting wanita yang merintih nak beli makanan pun tak mampu. Anak pun minum air kosong.

Aku PM dia dan berikan sedikit sumbangan. Sikit je. Cukup la dia beli susu anak dan makanan seminggu.

Tapi dia punya berterima kasih, sampai aku malu. Ye la. Aku rasa sikit sangat yang aku beri. Tapi itu sikap orang yang tahu menghargai. Orang yang benar-benar susah, orang yang tak suka mengeluh.

Bukan aku suruh puji kerajaan, sembah PMX. Bukan begitu. Nak terus sokong Mahiaddin yang menjadi punca derita rakyat dulu pun tak apa. Tapi bila ada kebaikan, bersyukurlah.

Tak mahu berterima kasih kepada kerajaan pun tak apa. Bersyukurlah kepada Allah. Tapi mengeluh begini dan mencerca pula orang yang beri bantuan tersebut, bukanlah tanda kesyukuran. Guane boh?

Baca:

Tak tahu lagi siapa nak jaga dua budak ini selepas ibu ditikam, inilah bahayanya marah dan dadah

Gempar rambut tersangkut di roda Ferris, lewat sesaat gadis ini mungkin terkorban

Sampel asteroid terbesar dibawa ke bumi oleh NASA selepas harungi perjalanan 6.21 bilion kilometer selama 7 tahun