Realtime website trackingweb stats

Dapat banglo hampir setengah juta ringgit, ini rezeki juara tilawah al-Quran antarabangsa

Oleh ADINDA

Dapat banglo hampir setengah juta ringgit, ini rezeki juara tilawah al-Quran antarabangsa.

Kerajaan Kelantan akan menghadiahkan sebuah banglo kepada qari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, yang muncul juara kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63, baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ia bagi menghargai jasa Muhammad Qayyim yang mengharumkan nama Kelantan.

Menurutnya, banglo berkenaan yang bernilai RM428,500 terletak di Tanah Merah dan dijangka diserah dalam masa terdekat.

“Sebagai penghargaan kepada Muhammad Qayyim yang menjadi juara MTHQA, kita Insya-Allah akan menghadiahkan sebuah banglo kepadanya sebagaimana pemberian kepada juara sebelum ini yang turut mendapat sebuah banglo.

“Sekarang ini, kita sedang tinjau banglo yang dibina oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan di Tanah Merah,” katanya selepas Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim di sini.

 

Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin berkata, pemberian itu sebagai galakan kepada orang lain untuk terus maju dalam bidang al-Quran.

“Ini kerana, kita orang Islam, al-Quran sebagai panduan dan kita dituntut membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dan suara yang elok.

“Adik Qayyim (Muhammad Qayyim) ini bacaannya boleh menandingi qari masyhur di dunia,” katanya.

Baca:

Wajah pemain wanita Afrika Selatan ini mirip Ronaldinho, peminat buat perbandingan melucukan

Di negara ini wanita ‘cair’ dengan lelaki rongak, sampai lelaki sanggup cabut gigi depan dan pamer senyuman

Zul Ariffin dikecam peminat lawat tempat dilarang dan dikutuk Allah, macam dah tak ada tempat lain