Realtime website trackingweb stats

Dah terbukti cerita ‘planta’ hanya memfitnah PMX, pengakuan ‘cytro’ ini mengejutkan

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Heboh di media sosial berkaitan politik mengenai cerita ‘planta’ yang dikaitkan dengan PMX selama ini adalah rekaan dan fitnah semata-mata.

Hal itu diakui sendiri ‘cytro’ yang memusuhi kerajaan Madani dalam ‘room’ sembang mereka di TikTok.

Bahkan, identiti individu yang dinamakan sebagai Farish turut mereka dedahkan selepas menyedari tertipu dengan fitnah keji itu.

Dah terbukti cerita 'planta' hanya memfitnah PMX, pengakuan 'cytro' ini mengejutkan

Sehubungan itu, rata-rata netizen mendesak pihak berkuasa menangkap dalang kepada penyebaran fitnah ‘planta’ yang sudah meracuni sebahagian rakyat terutamanya kalangan penyokong Perikatan Nasional (PN).

“@fahmi_fadzil, @saifnasution kasi tangkap yang buat fitnah ni. Bukti dah ada.

“Masing-masing memang perangai jahat, jauhilah mereka.

“Ni dah kira berat kerja fitnah. Pihak berkuasa @PDRMsia, @MyJAKIM, @DSDrNaim, @saifnasution, benda ada bukti dan video tak kan masih senyap lagi… @fahmi_fadzil.

“Aku agak berpuas hati dengan kekacauan puak ni. Memang naratif baru – ‘planta’ ni memang terang-terang cerita fitnah. Tapi masalahnya orang kampung aku di Kelate ni percaya, sampai jadi topik bualan kedai kopi. Ini pengakhiran buruk untuk salim sarbu.

“Harap mereka ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal,” demikian komentar warga maya di laman X.

Terdahulu, tular sedutan kumpulan sembang di TikTok melibatkan sekumpulan ‘cytro’ Perikatan Nasional (PN) membincangkan tentang isu ‘planta’ PMX semasa dalam penjara yang mereka canang sebelum ini.

Seorang lelaki berbaju putih menganggap terdapat keraguan dan cerita tidak benar.

“Ini tak boleh jadi. Ini isu maruah. Tak suka seseorang itu tak perlu mengaibkan orang lain sampai pakaian dalam.

“Kita kena politik matanglah…,” katanya yang dikenali sebagai Mr Hud.

Dia turut mendedahkan nama dan wajah individu dinamakan sebagai Farish yang terlibat sebagai dalang kepada fitnah ‘planta’.

Pendedahan dan pengakuan fitnah bagi menjatuhkan maruah PMX itu dibuat kerana rasa menyesal serta menganggap adanya kifarah atau balasan kepada dia yang bersubahat.

Beberapa nama ‘cytro’ PN lain disebut antaranya Meong yang difahamkan turut telah tertipu dengan fitnah itu.

Kelihatan juga mereka sudah bergaduh antara satu sama lain sekaligus fitnah ‘planta’ yang mereka sendiri reka sebelum ini untuk menghina Anwar Ibrahim telah terburai dengan sendirinya.

Susulan tersebarnya pengakuan fitnah itu, orang ramai berharap mereka terlibat memohon maaf dan bertaubat.

“Semoga Allah SWT membalas setiap kejahatan dan fitnah yang mereka buat terhadap DSAI.

“Alhamdulillah. Allah buka pekung-pekung kaki fitnah ni. Semoga bertaubatlah yang duk fitnah-fitnah planta tak habis-habis tu. Dah kebulur sangat kot nak makan planta.

“Geng suka fitnah pun ramai follower. Dah tu follower canang diorang pejuang Islam,” demikian antara kecaman warga maya.

Baca:

Nak beli kereta second, teliti benda ini untuk tahu usia sebenar kereta, elak kena tipu

“Bawa diri ke?” – Cikgu kongsi gambar pelajar tahun satu termenung di dinding, rindukan mak ayah

Perhatikan cara ini agar buah kiwi yang dipilih berkhasiat dan manis