Sosok bernama Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ dah ‘tapau’ jadi DJ dan podcaster.
Bekas Menteri Kesihatan itu pula kini jadi duta jenama baju Melayu, Elrah Exclusive.
Mencurah rezeki diperoleh menantu kepada Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi ini selepas beliau tekad ‘bersara’ dari dunia politik.
KJ yang juga bekas bekas Ahli Parlimen Rembau dari 2008 hingga 2022 itu mengakui seronok menjalani karier yang dilaluinya kini.
Malah, beliau percaya kepada rezeki jika disuakan tawaran berlakon sekali gus tidak menolak kemungkinan menerima sebarang pelawaan daripada mana-mana penerbit.
“Kalau ada rezeki tawaran untuk berlakon filem dan sebagainya, insya-Allah,” katanya, lapor Kosmo.
KJ bahkan tidak terkilan dengan gurauan kononnya beliau sudah ’rosak’ apabila menjadi individu berbeza berbanding sebelum ini.
Bapa kepada tiga anak lelaki itu menegaskan tiada keperluan untuknya kembali ke dunia politik.
“Tak tahu lagi, tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang.
“Jadi, tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.
“Cabang saya masih lagi berada di mata publik sebagai seorang podcaster, deejay dan sebagai duta Elrah Exclusive, tapi ke mana selepas ini belum tahu lagi, katanya.
Aidilfitri tahun ini menyaksikan KJ dilantik menjadi duta pakaian produk tempatan, Elrah Exclusive.
Selain KJ, ramai artis terkenal turut menjadi duta Elrah untuk kempen raya 2024.
Mereka adalah Sharnaaz Ahmad, Beto Kusyairy, Meerqeen, Amir Ahnaf, MK, Shahril, Fahimi Rahmat dan Fadhli Masoot.
“Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman.
“Pendapat saya dia seorang usahawan tempatan yang berjaya dan saya juga suka martabatkan baju Melayu.
“Kalau bukan kita, siapa lagi,” kata penyampai radio Hot FM itu lagi.
Baca:
“Saya terkilan..” – 2 tahun berlalu, Dayang selesai rakam lagu terakhir Rudy Imran
Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat