Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara membuat makanan kegemaran saya, iaitu spring roll Vietnam dan sos celup yang sedap!
Resipi ini sangat mudah untuk difahami dan anda boleh mencubanya sendiri di rumah.
Bahan-bahannya juga mudah didapati di supermarket.
Bahan-bahan untuk sos pencelup:
- Sos thai cili
- 6 ulas garlic
- 6 biji cili merah (boleh tambah if nak lagi pedas)
- Setengah cawan air
- Gula dan garam secukup rasa
Cara buat dipping sauce:
1. Tumiskan bawang putih dan cili merah yang telah dihiris halus.
2. Masukkan separuh botol sos cili Thai dan biarkan sehingga pecah 3. minyak.
3. Tuangkan separuh cawan air ke dalam tumisan dan biarkan sehingga mendidih.
4. Taburkan gula dan garam secukup rasa, kemudian siap untuk disajikan.
Bahan-bahan untuk viatnamese spring roll:
- Spring roll paper
- Crabstick
- Salad
- Carrot
- Bihun
Cara buat viatnamese spring roll:
1. Rendamkan kertas beras ke dalam air selama 5 saat dan kemudian angkat.
2. Letakkan inti bahan di atas kertas beras yang telah dicelup dan gulung seperti biasa.
Senang sahaja, bukan?
Selamat mencuba!
Baca:
Guna 3 bahan dapur ini saja, papan pemotong macam beli baru
Tak perlu lagi ke restoran mewah, senang rupanya nak buat ayam ala Kenny Rogers