Realtime website trackingweb stats

Dah macam-macam cara guna cuci comforter, sental guna tangan pun masih kotor, ini cara betul guna mesin basuh

Oleh FATIN AQILAH

Bila tiba masa nak cuci toto atau comforter, ramai yang memilih untuk menggunakan mesin basuh.

Tapi tidak ramai yang menyedari bahawa cara dan jenis mesin basuh yang digunakan sebenarnya mempengaruhi hasil cucian.

Menurut perkongsian Abang Letriqq di TikTok, dia menerangkan perbezaan hasil cucian apabila menggunakan dua jenis mesin basuh yang berlainan.

Berikut adalah perbezaan dan tip penting dalam mencuci comforter menggunakan mesin basuh top load dan front load:

1. Mesin Basuh Jenis Top Load (Bukaan Atas)

Dah macam-macam cara guna cuci comforter, sental guna tangan pun masih kotor, ini cara betul guna mesin basuh

Mesin basuh top load membolehkan anda mencuci comforter selagi ia boleh dimuatkan dalam drum. Namun, penting untuk tidak memuatkan drum secara berlebihan. Hadkan beban pakaian kepada tiga per empat daripada kapasiti drum keseluruhan.

Jika comforter mempunyai kotoran degil, ia mungkin sukar untuk dicuci sepenuhnya dengan mesin basuh top load. Disyorkan untuk memulakan proses dengan pre-wash, iaitu mencuci bahagian kotoran yang kelihatan menggunakan cecair pencuci sebelum melakukan basuhan utama.

Namun, comforter yang terkena kotoran seperti air kencing boleh dibasuh terus tanpa ‘pre-wash’.

2. Mesin Basuh Front Load (Bukaan Depan)

Mesin basuh front load biasanya digunakan di dobi layan diri dan lebih sesuai untuk cucian comforter.

Sebelum memulakan basuhan, periksa label pada comforter untuk memastikan ia sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang disarankan.

Mesin basuh front load umumnya mempunyai pilihan suhu yang pelbagai.

Disarankan untuk menggunakan mod cucian panas untuk membunuh kuman dan hama habuk (dust mites). Suhu panas ini membantu memastikan kebersihan yang lebih mendalam dan berkesan.

Selain itu, mesin basuh front load mempunyai kapasiti drum yang lebih besar dan direka untuk menangani beban berat dengan lebih efisien.

BACA: Ambil iktibar kisah cerainya, Bella Astillah jaga batas di set penggambaran drama