Gara-gara ‘typo’ ada yang terfikir macam ‘jelly ball’ pula apabila Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sedang berang.
Usahawan kosmetik berkenaan dalam hantaran di Facebook rasminya marah dengan “budak-budak sekarang” yang cakap hebat semasa datang temuduga kerja.
“Sembang bukan main semua benda boleh buat. Bila masuk kerja apa pun tak tau.
“Inilah masalah budak-budak sekarang, lembik tak kenyal,” tulisnya yang mungkin tersilap mahu menulis ‘kental’.
Sehubungan itu, dia yang pernah heboh dengan isu klip video sempena Aidilfitri pada tahun 2022 yang mencolok mata itu mengumumkan mahu mencari pekerja.
Namun, dia dilihat melakukan ‘body shaming’ pula apabila memberitahu menerima pekerja yang “buruk sedikit”.
“WhatsApp saya sekarag 013-8663994.
“Saya nak cari host Tiktok Live yang pandai cakap. Buruk sikit pun tak pe lah,” katanya lagi.
Rata-rata reaksi warganet terhibur dengan ‘typo’ dan syarat “buruk sedikit” itu.
“Dato’ ni nak yang mana sebenarnya? Pandai host live ke? PA lelaki ke? PA lelaki lembut ke? Atau macam mana Dato’?” tanya seorang netizen.
Malah, ada yang mencadangkan supaya Aliff Syukri sendiri menjadi host Tiktok Live.
Namun, terdapat pula yang ‘risau’ jika anak kepada usahawan dan pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita itu buat perkara yang merepek.
“Kalau host sendiri nanti jadi macam kejadian jual mask masa Covid-19. Buat demonstrasi tuang air atas mask tembus pulak.
“Akhirnya, potong buah mangga makan depan live,” kata pengguna Facebook, Ayda Yusoff.
Baca:
Garing dan sedap! Individu kongsi resepi roti bakar ala kopitiam, sesuai buat minum petang
‘Sedut dulu, baru pergi sekolah’ – Buat ‘spotcheck’ ada tak ‘pemetik api’ ini!
Hanya guna duit 10 sen untuk cek tayar kenderaan okay ke tidak