Realtime website trackingweb stats

Dah 4 tahun kahwin baru tahu suami bukannya tentera berpangkat sarjan, rupanya ini punca penyamaran jadi kantoi

Oleh ADINDA

Dah 4 tahun kahwin baru tahu suami bukannya tentera berpangkat sarjan, rupanya ini punca penyamaran jadi kantoi.

Jika diminta berkahwin dengan lelaki kerja swasta vs kerajaan, pastinya ramai wanita cenderung memilih sosok yang kedua. Secara umumnya, masyarakat selalu beranggapan seseorang yang bekerja di sektor awam mempunyai pendapatan lebih stabil selain mempunyai jaminan pencen di hari tua.

Isteri tertipu dengan penyamaran suami

Namun siapa sangka bagi wanita ini yang sudah 4 tahun mendirikan rumah tangga dengan seorang askar ini, rupanya semua itu hanyalah penyamaran palsu. Dari zaman bercinta, Stanley mengaku bertugas dalam bidang ketenteraan dengan pangkat yang tinggi. Ia juga menjadi salah satu faktor penguat yang meyakinkan isterinya untuk berkahwin.

Berlaku salah faham atas jalan dengan seorang rider

Malangnya pada Khamis (3/8/2023) lalu, insiden pertelingkahan dengan seorang penunggang motorsikal bernama Alfian akhirnya menjadi asbab terbongkar identiti sebenar Stanley. Saat itu, dia tidak berpuas hati dengan bunyi bising dihasilkan oleh ekzos rider terbabit.

Selain mengekori di jalan, Stanley turut menjerit kononnya Alfian adalah pencuri. Masih belum reda, kemudian Alfian ditemani rakannya, Zulfikar datang sendiri ke rumah Stanley sehingga mereka berperang mulut. Stanley dengan penuh yakin mula menggertak Alfian kononnya dia adalah tentera berpangkat Sarjan. Tidak menunggu lama, Zulfikar terus memukul Stanley sebelum menyerahkan diri ke balai polis.

Pihak berkuasa minta Stanley tunjukkan kad identiti keanggotaan, namun tiada

Stanley turut menyusul ke balai polis untuk siasatan lanjut. Tanpa diduga, seorang pegawai tertinggi ketenteraan juga datang ke sana setelah mendapat laporan ‘anak buahnya’ terlibat dengan insiden salah faham. Sempat putar cerita, tapi di sinilah Stanley terperangkap dalam permainannya sendiri. Akhirnya dia mengakui penipuan itu, bahkan selama ini Stanley hanya bekerja sebagai pemandu lori dan penghantar barang.

Stanley akan keluar kerja pakai uniform lengkap askar 2x seminggu

Melalui pengakuan Stanley, penyamaran itu juga dibuat untuk mendekati teman wanita yang kini sudah menjadi isteri. Pernah membuat permohonan kerja askar namun gagal sebanyak 4 kali, lelaki berusia 39 tahun ini hanya membeli uniform di aplikasi online shopping. Sesekali, persalinan lengkap itu akan dipakai supaya isterinya dan orang kampung tidak curiga.

Baca:

Dah 10 tahun pun kahwin dengan Zain Saidin, rupanya ini punca Che Ta bengang

Ustaz ini dakwa orang gay minat sukan, saran isteri tanyakan suami pergi gym dengan siapa

Minat hidupan liar rupanya boleh menjana pendapatan, untunglah hobi dan kerjaya seiring