Individu bernama Ganesparan Nadaraja rupanya dah ada 22 kertas siasatan dibuka terhadapnya sehingga menimbulkan desakan supaya tak perlu lagi Malaysia masih nak ‘simpan’ warganegara yang biadab sepertinya.
Ketika umat Islam di Malaysia sedang berpuasa, ‘makhluk’ kurang ajar itu mencaci Islam malah sultan dan mufti pun dimaki.
Polis percaya video tular yang menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain membuat tohmahan terhadap PDRM dimuat naik dari luar negara.
Ini 8 fakta mengenai Ganesparan Nadaraja:
1. Pengecut berumur 39 tahun ini dikesan telah meninggalkan Malaysia pada 2017 dan tidak pernah pulang ke negara ini.
2. Sebanyak 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki warga tempatan tersebut berkaitan isu Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R) dari 2017 hingga tahun ini.
3. Pernah didakwa secara ‘in absentia’ pada 2022 kerana menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
4. Siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.
5. Dia juga disiasat mengikut Seksyen Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
6. Siasatan juga mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan.
7. Pasportnya telah dibatalkan dan kali terakhir dia keluar pada 2 November 2017.
8. Siasatan awal mendapati lelaki itu kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman.
Baca:
TNG di MyKad telah tamat tempoh? Ini cara ‘renew’ yang mudah
Dah dekat raya, ke mana tuan punya beg berisi duit RM500,000 ini pergi?