Realtime website trackingweb stats

Curi barang kemas bernilai RM3.02 juta, pembantu kedai dipenjara 235 tahun, ‘Tahun bila akan bebas tu?’

Oleh FATIN AQILAH

Seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman penjara selama 235 tahun

atas pertuduhan mencuri barang kemas bernilai kira-kira RM3.02 juta dari kedai majikannya.

Menurut laporan Bangkokpost, pemilik kedai emas itu membuat laporan polis

setelah curiga melihat rantai emas yang terjatuh dari poket apron yang dipakai oleh wanita tersebut dua bulan lalu.

Suspek mendakwa bahawa rantai emas itu mungkin terjatuh ke dalam poket apronnya ketika dia berdiri di kaunter pameran.

Curi barang kemas bernilai RM3.02 juta, pembantu kedai dipenjara 235 tahun, 'Tahun bila akan bebas tu?'

Pemilik kedai kemudian memeriksa rakaman kamera keselamatan dan mendapati sebanyak 47 insiden di mana wanita itu mencuri barang kemas sejak tahun 2021. Nilai keseluruhan barang yang dicuri dianggarkan sekitar 25 juta baht.

Polis menyatakan bahawa barang kemas yang dicuri digunakan oleh suspek untuk membeli tanah dan barangan berharga lain.

Bahkan, dia turut memuat naik gambar motosikal baru yang dibelinya, serta barang kemas baharu, di akaun Facebook miliknya.

Pemilik kedai mengakui telah beberapa kali meminta wanita itu memulangkan barang kemas yang dicuri, namun hanya barang bernilai tujuh juta baht (RM897,225) yang dikembalikan.

Menurut pemilik kedai, wanita tersebut telah bekerja selama kira-kira 10 tahun di kedai emas itu sebelum ditangkap.

BACA: Menu yang tak sepatutnya dipanaskan semula boleh undang kematian, no.5 tu ramai selalu buat