Lantai bilik air sudah dibersihkan tetapi tetap ada cacing yang muncul dari entah mana. Cacing kecil berwarna merah ini biasanya ditemui di celah-celah lantai mozek atau jubin bilik air.
Walaupun tidak membahayakan, tetapi agak menjijikkan dan menjadikan bilik air terasa kotor apabila melihat cacing tersebut. Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan.
1. Garam
Ambil garam dari dapur, kemudian taburkan di lantai dan lubang bilik air. Ini perlu dilakukan secara berkala. Anda juga boleh mencampurkan garam dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas.
Simpan sedikit air garam tersebut dan masukkan ke dalam botol sembur. Kemudian semburkan ke dinding bilik air. Lakukan setiap malam atau seminggu sekali, mengikut kekerapan cacing itu datang.
2. Peluntur
Boleh juga gunakan cecair peluntur. Memang berkesan tapi hati-hati menggunakannya kena kandungan kimianya kuat. Boleh buat mata pedih. Caranya siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu dan kemudian spray bancuhan peluntur ini pada lantai dan dinding.
3. Cuka
Selain menggunakan garam atau peluntur, anda boleh mencuba menggunakan cuka untuk menghilangkan cacing di bilik air. Cara yang sama, semburkan atau curahkan cuka ke lantai dan dinding.
4. Grout cleaner
Pencuci lantai jenis ini memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa. Selain membersih kotoran ia juga boleh menghapuskan cacing yang melekat di celah lantai.
5. Tutup lubang & celahan mozek atau jubin
Kerana cacing selalu berada di celah mozek atau jubin, kita boleh menutup ruang tersebut dengan grout, yang mana kita menggunakan simen putih untuk menutupnya.
Anda boleh mendapatkannya di kedai perkakasan atau membelinya secara dalam talian, sama ada dalam bentuk bancuhan sendiri atau dalam botol yang sudah sedia digunakan.
6. Cat epoxy
Satu lagi cara adalah dengan menggunakan cat epoxy. Selain dapat menghalang kehadiran cacing, cara ini juga dapat menutup semua lubang atau kebocoran di lantai bilik air. Selain itu, ia juga dapat mempercantik lantai bilik air. Selamat mencuba!
Baca:
Port beli jiwa ‘aesthetic’ dan cantik yang jual cromboloni ‘crunchy’
Penternak babi Pulau Pinang dapat RM6 juta, rupanya pasal ini dapat pampasan
Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim