Belum lagi reda isu kontroversi mengenai video Chef Ammar yang dituduh angkuh dan sombong, namanya sekali lagi menjadi perbualan hangat di kalangan warganet apabila dia dituduh melanggar dan merampas tapak gerai milik orang lain di bazar Ramadan.
Melalui perkongsian Facebook Pengasas Bersama Whatawaste, Alvin J mendedahkan bahawa dia terkejut mendapati tapak gerainya di Bazar Ramadan USJ 4 telah dipindahkan oleh peniaga lamb shank tersebut.
Menurut Alvin, gerai Whatawaste bukanlah untuk tujuan berniaga jual beli, tetapi untuk memberikan makanan atau bahan masakan percuma kepada individu yang memerlukan.
“Hari ini hari pertama jiran ni mula berniaga di Bazaar Ramadhan USJ 4. Khemah kami selalunya antara yang terawal berada di tapak semenjak hampir 2 minggu yang lalu.
“Kebiasaannya, selepas saya set up khemah sendiri, saya akan bergegas ke lokasi lain pulak untuk set up. Kemudian baru balik ke khemah sendiri.
“Petang tadi apabila saya jalan balik ke khemah sendiri, ada penjaja yang datang ke arah saya untuk memaklumkan bahawa khemah saya telah ditolak ke belakang oleh ‘budak baru’,” kata beliau.
Alvin segera pergi ke tempat khemahnya untuk memeriksa barang-barangnya kerana ada yang hilang semasa “dialihkan” tanpa izin.
Selepas itu, dia cuba bertanya kepada pekerja Chef Ammar untuk mendapat penjelasan mengenai perkara itu.
“Seperti biasa, saya beri Salam Ramadan dulu kepada jiran baru saya ini tapi tak dibalas. Yalah orang sibuk berniaga, kita kacau pun tak betul kan (tapi tak nampak ada orang beratur pula).
“Masa saya check benda saya semua, ternampak bunting baru saya koyak dan terbelah dua. Saya mengeluh dengan sayu, ‘What a waste’. Yalah, betul-betul sakit hati kerana kita baru saja cetak bunting ini dan kosnya tak rendah langsung. Jumlah kos printing yang kami biayai dengan hasil titik peluh melebihi Rm730, khas untuk inisiatif Ramadan ini.
“Kita langsung tiada geran ataupun bantuan kewangan daripada mana-mana pihak untuk melaksanakan inisiatif ini. Mestilah sakit hati!” tegas beliau.
Semasa dia mencuba mencari pencerahan dari ‘jiran baru’, salah seorang daripadanya sedang bercakap di telefon.
Selepas selesai, Alvin bertanya dan terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh pekerja itu.
“Abang, tadi orang abang ya yang ubah khemah kami ini?” tanya Alvin.
“Saya tak tau!” jawab pekerja Chef Ammar.
“Jawapan pertama pun sudah memberi gambaran yang amat jelas tentang orangnya. Saya pun selalu tak banyak masa. Tak apa bulan yang mulia, kita steady saja.
“Saya mengambil peluang untuk tutup ‘kedai’ awal dan mendapat rehat yang secukupnya. Sambil berjalan balik ke van, saya tetiba terpikir balik kata-kata yang saya pernah dengar dari salah satu sahabat karib saya, seorang Ustaz — kakitangan adalah cerminan bosnya.
“Bagi saya, sebagai seorang Kristian — saya adalah cerminan kepercayaan saya — saya perlu menjadi asbab kebaikan walaupun betapa sukarnya. Sentiasa sayang dengan semua dan tak boleh berdendam. Saya terus reda dan bersyukur kerana ‘cawan saya separuh penuh’,” – Alvin.
Melalui satu komen pada hantaran di Facebook, Chef Ammar dituduh tidak membuat sebarang permohonan untuk berjual di gerai bazar Ramadan tersebut.
Oleh itu, orang ramai ingin agar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memberikan penjelasan mengenai hal ini.
Terkini: Dalam perkongsian terbaru, Alvin dan wakil Chef Ammar bertemu di tempat yang sama di mana mereka meminta maaf kepada Alvin.
Sekarang Alvin boleh kembali berjumpa dengan jiran-jiran di tempat itu seperti biasa.
Alvin percaya bahawa setiap orang pasti membuat kesilapan dan merasakan bahawa kesilapan tersebut telah diatasi dan tidak perlu dipanjangkan lagi.
Alvin juga bersyukur kepada netizen yang prihatin terhadap kebimbangannya sebelum ini.
Baca:
Tragis! Anak maut dari tingkat 16, ibu tak sempat capai sebelum jatuh
Ibu dedah ada kesan merah di leher, guru lima anak miang luah rasa cinta kepada pelajar sendiri
Elak kena kompaun, jangan buat kesalahan ini menjelang perayaan Aidilfitri