Realtime website trackingweb stats

Cat rosak gara-gara parking bawah pokok, ini cara elak getah pokok mangga ramai tak tahu

Oleh FATIN AQILAH

Ramai individu mengelak daripada meletakkan kenderaan mereka di kawasan bawah pokok.

Selain risiko pokok tumbang semasa hujan lebat atau ribut, cat kereta juga boleh rosak akibat terkena getah tumbuhan atau tahi burung.

Akaun TikTok Modipro Autowork baru-baru ini berkongsi video mengenai kereta seorang pelanggan yang terkena getah pokok mangga.

Dalam video tersebut, individu yang bercakap menjelaskan bahawa walaupun bengkel boleh menggilap semula

Bahagian yang terkena getah mangga, kesan getah tersebut tidak dapat dihilangkan sepenuhnya.

Cat rosak gara-gara parking bawah pokok, ini cara elak getah pokok mangga ramai tak tahu

“Saya sudah banyak kali berpesan, jangan letakkan kereta di bawah pokok, terutama pokok mangga.

“Jika kereta terkena getah pokok mangga, ia sama seperti terkena karat dari zink.

“Walaupun selepas dilakukan polishing, kesan getah mangga tidak akan hilang sepenuhnya. Kami hanya boleh membantu untuk mengurangkan kesan tersebut,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pemilik kereta boleh mengecat semula kereta, tetapi kosnya pasti tinggi.

Sebagai langkah berjaga-jaga, dia menasihati pemilik kereta supaya membeli kanvas untuk melindungi kereta mereka.

“Getah pokok mangga akan merosakkan clear coat, jadi tiada cara lain selain mengecat semula kereta atau melakukan pemulihan.

“Walaupun kita buat polishing, kesan getah masih tidak akan hilang dan ini memerlukan kos. Itulah sebabnya saya selalu berpesan. Jika anda tidak meletakkan kereta di bawah bumbung, sekurang-kurangnya belilah kanvas untuk melindungi kereta.

BACA: Rupanya bahaya panaskan semula baki nasi, punca keracunan, perkara ini ramai patut tahu