Sejak zaman-berzaman, seterika digunakan untuk menjadikan pakaian kita tampil kemas dan tidak berkedut.
Perbuatan menyeterika baju ini melibatkan penggunaan haba pada bekas besi dengan bahagian bawah yang rata.
Rata-rata antara kita masih ingat kewujudan seterika arang yang begitu berat digunakan sebelum munculnya seterika elektrik.
Peredaran zaman menyumbang kepada kemunculan pelbagai jenis dan reka bentuk seterika bagi memenuhi keperluan selari dengan kewujudan pelbagai jenis fabrik.
Biarpun begitu, penggunaan seterika sebenarnya tidak sesukar yang kita sangkakan jika kena pada caranya.
Seorang guru jahitan yang dikenali sebagai Amir Nano di platform TikTok berkongsi satu cara yang betul menyeterika baju kepada para pelajar bengkel menjahitnya.
Video berdurasi 38 saat itu merupakan video pembelajaran menggunakan seterika industri bahagian keenamnya.
Dalam video tersebut, Amir menjelaskan sebab pakaian lambat atau tidak hilang kedutan walaupun telah diseterika.
“Nak gosok pakaian ni perlu ‘rilek’, tak perlu pun terburu-buru, tak perlu tekan kuat-kuat, tak perlu beria-beria benar. Apa yang penting waktu menekan pakaian tu, kita feel fabrik tu. Kita layan je. Tekan slow-slow bagi masa pada fabrik tu untuk kena haba yang betul supaya lebih licin,” tulisnya di bahagian penerangan video.
@amir6917Geram betul cikgu bila suruh peserta gosok baju/fabrik ala kadar je hasilnya. Nak gosok pakaian ni perlu rilek, tak perlu pun terburu-buru, tak perlu tekan kuat-kuat, tak perlu beria-beria benoorr. Apa yang oenting waktu menekan pakaian tu, kita feel fabrik tu. Kita layan jee.. Tekan slow-slow bagi masa pada fabrik tu untuk kena haba yang betul supaya lebih licin.
Beri masa haba licinkan baju, cara seterika yang betul
“Cara menggosok (menyeterika) yang betul, tekan perlahan je. Barulah haba tu ada masa untuk licinkan baju,” ajarnya kepada para pelajar. Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima sebanyak 659.2 ribu tontonan dengan 371 komen dari warga maya.
“Haba nak masa tapi saya yang takde masa,” ujar warga maya.
“Tolong cakap dekat haba, saya takde masa nak tunggu dia,” kata seorang lagi warga maya yang tidak sanggup meluangkan masa menyeterika baju.
“Faham. Patut setiap kali gosok tetap komot (keromot). Saya salah rupanya,” komen warga maya lain.
Baca Juga:Tips perah santan nak dapat lebih pekat dan bersih guna petua ini pasti menjadi