Kebanyakan rumah hari ini dilengkapi dengan penapis air yang memerlukan bayaran bulanan untuk perkhidmatan penyelenggaraan.
Apabila kontrak berakhir, kebanyakan dari kita berasa lega tetapi juga tertakluk kepada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan tersebut dengan memperbaharui kontrak.
Namun sebenarnya terdapat cara untuk menjimatkan wang tanpa perlu memperbaharui kontrak penapis air.
Salah satu cara yang boleh kita lakukan sendiri ialah dengan menggantikan filter penapis air sendiri bila perlu.
Sharm Arm Zakaria telah berkongsi cara ini. Beliau menyatakan bahawa filter boleh dibeli secara dalam talian dan sesuai digunakan dengan pelbagai jenama penapis air.
Yang penting adalah memastikan saiz filter sepadan dengan penapis air yang digunakan dan menggantikannya mengikut jadual yang ditetapkan.
“Apabila penapis air hampir tamat tempoh kontrak, mereka biasanya menasihati untuk meneruskan kontrak selama 5 tahun lagi. Tetapi saya memilih untuk membeli filter untuk 2 tahun supaya mudah untuk ditukar mengikut jadual,” katanya.
Filter ada 4 tahap/ stage penukaran
-Sediment – tukar setiap 4 bulan
-Free carbon – tukar setiap 8 bulan
-Silver carbon – tukar setiap 1 tahun
-Post carbon – tukar setiap 1 tahun
INFO
-Semua filter ini harganya dalam RM160 untuk 2 tahun.
-Sebelum beli pastikan ada pengesahan SIRIM dan Halal Malaysia.
-Untuk cara pembersihan tangki boleh tengok YouTube
BACA: Akhirnya mufti terpaksa tampil perjelas hukum haiwan cacat diguna sembelihan korban