Realtime website trackingweb stats

Cara nak tahu tayar baru atau lama elak kena lipat dengan kedai

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kebanyakan mangsa yang ditipu adalah kerana tidak tahu cara memeriksa dan membaca kod yang tertera pada tayar yang ingin dibeli.

Sudah masuk tahun 2024, namun masih ada segelintir pengguna yang menjadi mangsa penipuan sesetengah penjual tayar kenderaan yang tidak bertanggungjawab.

Elak ditipu penjual, ini cara nak tahu tayar baru atau lama

Kebanyakan mangsa yang ditipu adalah kerana tidak tahu cara memeriksa dan mengenal pasti tarikh

pembuatan sesuatu tayar tersebut antaranya dengan melihat pada kod yang tertera pada tayar yang ingin dibeli.

Cara nak tahu tayar baru atau lama elah kena lipat dengan kedai

Susulan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Zafran Mustafa telah berkongsi tips cara membaca kod dan tarikh pembuatan pada tayar kenderaan menerusi bebenang yang dimuat naiknya di laman X (Twitter).

Elak ditipu penjual, ini cara nak tahu tayar baru atau lama

Periksa kod tayar, ketahui kemampuannya

Elak ditipu penjual, ini cara nak tahu tayar baru atau lama
Setiap tayar kenderaan mempunyai kod yang tertera di bahagian tepi sebagai rujukan. Kod tersebut menunjukkan lebar, tinggi, radial, saiz rim, had maksimum beban dan tahap kelajuan yang dapat ditampung tayar terbabit.

Berikut merupakan contoh kod tayar yang diberikan, 205/55/R16 91V:
205 = Lebar
55 = Tinggi
R = Radial
16 = Saiz/Rim
91 = Had Maksimum Beban
H = Speed limit (210km/h)
Elak ditipu penjual, ini cara nak tahu tayar baru atau lama

Elak ditipu penjual, ini cara nak tahu tayar baru atau lama

Huruf yang terakhir itu merupakan kod tahap kelajuan maksimum yang mampu ditampung oleh tayar, untuk memudahkan anda memahaminya, kami kongsikan gambar jadual kod tersebut di bawah.

Mengetahui tahap kemampuan tayar semasa memandu amatlah penting bagi mengelak daripada berlaku sebarang kemalangan akibat tayar meletup dan sebagainya.

Periksa tarikh pembuatan tayar, elak beli tayar baru terlalu lama
Selain kod, tarikh pembuatan (manufacture) tayar juga penting. Ini kerana tayar yang terlalu lama meskipun masih baru tidak sesuai digunakan lagi kerana getahnya yang sudah keras.

“Tempoh penggunaan tayar adalah lima tahun maksimum dari tarikh tayar dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih daripada lima tahun masih boleh digunakan tetapi tayar boleh jadi keras sebab getah tayar dah ‘expired’.

Elak ditipu penjual, ini cara nak tahu tayar baru atau lama

“Kalau korang tukar tayar baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah tahun yang terkini (2022 dan ke atas),” katanya.

Berikut merupakan contoh tarikh pembuatan tayar yang diberikan iaitu ‘0820’:
Empat digit yang tertera di bahagian tepi tayar menandakan minggu ke berapa tayar tersebut dikeluarkan dan pada tahun bila.

Mengikut contoh tersebut, (08) menunjukkan tayar tersebut dikeluarkan pada minggu ke lapan pada tahun (20) 2020.

Mudah sahaja bukan cara memeriksa kod tayar dan tarikh pembuatannya? Semoga perkongsian ini berguna buat anda semua yang ingin menukar tayar yang baharu.

Baca Juga:Baru tahu ini teknik elak mangga susah nak buka dan kunci