Realtime website trackingweb stats

Cara mudah sental kerak periuk dengan kulit telur boleh berkilat macam cermin

Oleh ABDULLAH HAMID

Kulit telur sering dianggap tidak berguna, lalu dibuang begitu sahaja.

Namun, hakikatnya kulit telur boleh dijadikan bahan pencuci DIY (do it yourself) yang efektif

untuk menghilangkan kerak pada periuk, membersihkan ketuhar, dapur, dan pelbagai permukaan lain.

Melalui satu perkongsian dari Home with Lese di Instagram,

Berikut adalah panduan mudah untuk menghasilkan serbuk pencuci daripada kulit telur:

Cara mudah sental kerak periuk dengan kulit telur boleh berkilat macam cermin

Bahan-Bahan Diperlukan

  • Kulit telur
  • Baking soda
  • Serbuk pencuci
  • Cara Penyediaan
  • Rebus Kulit Telur
  • Rebus kulit telur selama beberapa minit untuk membersihkannya.
  • Tapis dan Buang Air Rebusan
  • Keringkan kulit telur dengan sempurna.
  • Bakar Kulit Telur

Masukkan kulit telur ke dalam ketuhar dan bakar sehingga ia rapuh dan mudah dihancurkan.
Kisar

Campurkan kulit telur yang telah dibakar bersama dua sudu baking soda dan satu sudu serbuk pencuci.

Kisar campuran tersebut sehingga menjadi serbuk halus.

Cara Penggunaan

Taburkan serbuk ini pada permukaan yang kotor, kemudian gosok dengan sedikit air hingga berbuih.

Fungsi Bahan-Bahan
Kulit Telur

Ejen penggosok semula jadi yang lembut untuk menyental kotoran.

Baking Soda

Berfungsi menghilangkan kotoran degil dan meneutralkan bau.

Serbuk Pencuci

Membantu melarutkan gris dan kotoran dengan lebih mudah.

Dengan cara ini, kulit telur yang sering dianggap sampah boleh dimanfaatkan untuk mencipta produk pembersih mesra alam dan menjimatkan. Selamat mencuba!

BACA: Siram baja roti boleh suburkan tanaman kurang berbunga