Long fries atau kentang goreng panjang merupakan antara makanan viral yang patut anda cuba.
Makanan ini asalnya popular di Thailand dan kini dijual di Malaysia dengan pelbagai variasi.
Jika anda ingin mencuba membuat long fries ala jenama Toro Fries sendiri, ikuti perkongsian penuh di bawah ini.
Rasanya pasti sedap!
Kentang panjang ini hanya memerlukan beberapa bahan sahaja dan hasilnya pasti digemari ramai.
Bahan-bahan:
-Kentang
-Garam
-Tepung jagung
Bahan untuk sos:
-Mayonis
-Sriracha sos
Cara-cara penyediaan:
1. Kupas kentang dan basuh hingga bersih.
2. Potong kentang kepada dadu dan rebus hingga lembut.
3. Biarkan sejuk, kemudian lenyek hingga hancur.
4. Masukkan sedikit garam dan tepung jagung.
5. Kacau hingga sebati dan masukkan adunan ke dalam beg ziplock.
6. Leperkan adunan dan biarkan keras dalam peti ais.
7. Potong adunan secara memanjang dan goreng dalam minyak panas.
8. Goreng hingga keperangan dan toskan.
Cicah long fries ini bersama sos yang dicampurkan daripada kedua-dua bahan di atas.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!