Realtime website trackingweb stats

Cara masak telur bistik, ‘mewah’ berkuah sedap macam makan di kedai

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Pasti ramai sukakan hidangan telur bistik yang mudah untuk disediakan.

Bahan-bahan yang digunakan tidak susah untuk didapatkan. Bagi penggemar telur bistik, apa kata cuba resepi daripada ‎Norhafizah Shabudin‎ ini. Sedap berkuah.

RESEPI TELUR BISTIK

Cara masak telur bistik mewah berkuah sedap macam makan di kedai

Bahan-bahan:

Telur
Daging ayam
Garam
Bawang putih cincang
Bawang holland potong dadgu.
Sos cili
Sos Tomato
Cili padi ketuk
Sayur

Cara-cara:

Untuk telur dadar:

1. Pecahkan telur + garam + daging ayam potong dadu yang sudah digoreng terlebih dahulu. (Boleh guna daging burger).

2. Gorengkan telur macam biasa.

Untuk kuah:

1. Tumiskan bawang putih cincang + bawang holland potong dadu.

2. Jika sudah layu, masukkan sos cili + sos tomato. Tambah air.

3. Tambah cili padi ketuk, sayur (bunga kobis + carot + celery + capsicum)

4. Perasakan dengan garam.

5. Jika sudah siap kuah, tuang atas telur dadar. Tabur daun sup daun bawang.

6. Kalau nak kuah lebih, tambah air lebih, cili sos dan cili tomato lebih.

Baca:

Terbeli makanan basi di bazar, pengadu buat aduan ke JKNJ

Patutlah penjawat awam tidak dapat bonus Aidilfitri, rupanya…

Tragis! Anak maut dari tingkat 16, ibu tak sempat capai sebelum jatuh