Membersihkan kerak degil pada periuk nasi sememangnya satu masalah
Periuk yang berkerak perlu direndam terlebih dahulu untuk memudahkan proses cucian.
Dalam satu hantaran di TikTok, seorang pemuda bernama Afas Fahmie berkongsi petua mudah untuk memasak nasi kukus seperti di restoran.
“Masak nasi macam ni senang, tak perlu risau tentang periuk yang kotor. Cuma bilas sahaja.
“Sesuai untuk orang bujang seperti saya yang tak makan nasi banyak, boleh masak sedikit sahaja.
Jadi, tak ada pembaziran,” jelas Afas Fahmie.
Langkah-langkah:
1) Basuh beras seperti biasa, seterusnya masukkan beras ke dalam mangkuk kaca yang tahan panas.
2) Campurkan air bersama beras di dalam mangkuk, sukatan sama seperti ketika anda memasak nasi menggunakan cara biasa.
3) Isi air ke dalam periuk nasi, biar banyak, jangan sedikit kerana jika terkurang air boleh menyebabkan nasi menjadi kering.
4) Letakkan mangkuk ke dalam periuk nasi yang sudah diisi air dan pastikan ia dapat terapung dengan stabil.
5) Kini masak seperti biasa.
6) Selepas 15 hingga 20 minit, bawa keluar nasi yang sudah siap dimasak. Jangan biarkan mangkuk terlalu lama di dalam periuk nasi kerana boleh menyebabkan ia pecah.
BACA: Baru tahu rupanya boleh servis sendiri aircond guna remote control ramai tak tahu