Jangan salah faham ya. Kami tidak bermaksud untuk mengelakkan anda dari membayar cukai.
Sebaliknya, kami ingin berkongsi cara untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu anda bayar (jika anda layak untuk membayar).
Walaupun tarikh akhir untuk menghantar borang cukai adalah pada 30 April setiap tahun, adalah baik untuk anda membuat persediaan awal.
Jika anda merasakan bebanan dengan jumlah bayaran yang perlu dibayar, anda boleh memeriksa semula perbelanjaan anda tahun lepas.
Siapa tahu anda layak untuk mendapatkan pelepasan cukai, tetapi anda tidak menyedarinya.
Berikut adalah beberapa cara untuk mendapatkan pelepasan cukai:
1. Individu dan Tanggungan:
Pengecualian RM9,000 untuk diri sendiri.
2. Perbelanjaan Ibubapa:
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas, dan penjagaan ibu bapa (disahkan oleh pengamal perubatan) terhad kepada RM5,000. Anda boleh mendapat sehingga RM3,000, iaitu terhad kepada RM1,500 bagi ibu dan RM1,500 bagi bapa.
3. Peralatan Sokongan Asas:
Peralatan sokongan asas untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak, atau ibubapa kurang upaya. Anda boleh mendapat pelepasan sehingga RM6,000.
4. Individu Kurang Upaya:
Pelepasan sehingga RM6,000.
5. Yuran Pendidikan Sendiri:
Layak untuk pelepasan sehingga RM7,000 untuk kursus tertentu.
6. Perbelanjaan Perubatan Penyakit Sukar Diubati:
Pelepasan sehingga RM6,000.
7. Pemeriksaan Perubatan Penuh:
Pelepasan sehingga RM500.
8. Gaya Hidup:
Pembelian buku, majalah, suratkhabar, komputer peribadi, telefon pintar, tablet, peralatan sukan, dan bayaran langganan internet. Anda layak untuk pelepasan sehingga RM2,500.
9. Pembelian Peralatan Penyusuan:
Pelepasan sehingga RM1,000.
10. Yuran Pusat Asuhan Anak/Prasekolah:
Layak mendapat pelepasan sehingga RM1,000.
11. Tabungan Bersih dalam Skim SSPN:
Pelepasan sehingga RM6,000.
12. Faedah Pembelian Rumah (RM10,000):
Terhad kepada satu unit rumah sahaja.
13. Bayaran Alimoni kepada Bekas Isteri (RM4,000).
14. Suami/Isteri Kurang Upaya (RM3,500).
15. Anak Bawah 18 Tahun (RM2,000).
16. Anak Atas 18 Tahun, Belum Berkahwin, Belajar Sepenuh Masa (RM2,000).
17. Anak Berumur 18 Tahun dan Keatas:
Layak jika mengikuti kursus tertentu di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
18. Anak Kurang Upaya (RM6,000).
19. Insuran/Takaful Nyawa & KWSP (RM6,000).
20. Insuran/Takaful Pendidikan & Perubatan (RM3,000).
21. Caruman PERKESO (RM250).
22. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda:
Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga 2021.
Untuk rujukan yang lebih mudah, anda boleh merujuk kepada jadual yang disediakan di laman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ingatlah untuk menyimpan resit pembelian bagi semua pelepasan yang anda tuntut.
BACA: Akhirnya terjawab macam mana lipan boleh wujud dalam rumah kita