Realtime website trackingweb stats

Cara gadis Korea ‘viral’ ini simpan lebih RM300,000 dalam dua tahun menakjubkan

Oleh NUR KASIH

Baru berusia 25 tahun, seorang gadis sekali lagi ‘viral’ di Korea Selatan menghebohkan masyarakatnya apabila berjaya menyimpan RM353,887 dalam masa dua tahun.

Cara Ji-Hyeon Kwak berjimat bukan calang-calang dan memang menakjubkan memandangkan sebelum ini, dia sudah mengejutkan orang ramai.

Dalam tempoh empat tahun dengan purata gaji RM 7,000 sebulan, Kwak berjaya menyimpan sehingga 100 juta won (RM353,887)!

Cara gadis Korea 'viral' ini simpan lebih RM300,000 dalam dua tahun menakjubkan

Kwak ketika ditemui media tempatan kemudiannya menyiarkan tangkapan skrin akaun simpanannya yang menunjukkan lebih 200 juta won.

Dia membuktikan tiada yang mustahil untuk menyimpan jumlah wang yang sama iaitu 100 juta won dalam tempoh empat tahun dengan hanya mengambil masa dua tahun!

Dia memberitahu pengikutnya di media sosial yang pada awalnya agak bimbang untuk menggandakan simpanan.

Namun, rupanya ia lebih mudah daripada yang difikirkannya.

“Selepas mencapai 100 juta won, saya merasakan bahawa kelajuan mengumpul wang semakin pantas.

“Saya mahu menyimpan lebih banyak lagi dan hanya berbelanja dalam jumlah kecil untuk mencapai sasaran seterusnya 300 juta won,” katanya.

Kesungguhan Kwak dalam berjimat luar biasa itu mengagumkan rakyat Korea memandangkan orang yang berusia 40-an dan 50-an pun tidak mempunyai simpanan 100 juta won.

“Ia sangat menakjubkan, dan tidak kira betapa sukarnya kehidupan, saya bersyukur kerana ada orang yang bekerja keras seperti ini dan ia pasti memberi pengaruh positif kepada orang lain.

“Dia seorang anak muda yang berjimat cermat yang jarang ditemui pada zaman ini. Simpanan sudah menjadi kebiasaan. Saya bersorak untuk awak,” demikian antara komentar warganet Korea Selatan.

Bagaimana Kwak boleh mempunyai simpanan sebanyak itu ketika dia dianggap tidak bergaji besar mengikut kacamata penduduk Korea?

Jawapannya, Kwak melakukan teknik penjimatan wang yang ekstrem termasuk menggunting rambut sendiri.

Rupanya, sejak usianya 18 tahun lagi dia sudah tidak pergi ke salon rambut!

Kwak menjimatkan sehingga 90 peratus daripada gaji bulanannya dan hanya membelanjakan sekurang-kurangnya 8,400 won (RM30) untuk makanan sebulan.

Beliau yang boleh digelar Ratu Super Jimat itu banyak bergantung pada kupon diskaun dan tawaran penjimatan.

Untuk minum, Kwak hanya memanaskan air paip dan tidak membeli minuman.

Dia juga tidak mengenakan solekan di wajahnya tetapi mengakui tidaklah atas sebab tanpa mekap dia berasa kurang keyakinan diri.

Bagi membuktikan dia mengamalkan apa yang dikongsinya bersama 20,000 peminat di YouTube sahaja, Kwak turut menunjukkan perbelanjaan bulanannya.

Dalam bulan Januari contohnya, dia membelanjakan hanya 500,000 won (RM1,769) merangkumi kos makanan, pengangkutan dan insurans.

Baca:

Tragis! Anak maut dari tingkat 16, ibu tak sempat capai sebelum jatuh

Ibu dedah ada kesan merah di leher, guru lima anak miang luah rasa cinta kepada pelajar sendiri

Elak kena kompaun, jangan buat kesalahan ini menjelang perayaan Aidilfitri