Realtime website trackingweb stats

Cara cepat kumpul RM 30k buat belanja kahwin, tak sampai 5 tahun boleh capai

Oleh ARIF ABDULLAH

Ramai pasangan muda hari ini menghadapi cabaran dalam mendirikan rumah tangga disebabkan oleh faktor kewangan.

Selain kos majlis perkahwinan yang tinggi, mereka juga masih belum mampu membeli atau menyewa rumah untuk memulakan kehidupan bersama.

Di TikTok, seorang wanita berkongsi teknik mudah untuk pasangan menyimpan RM30,000 menggunakan dinar emas sebelum mereka berkahwin.

Menurut Farrah Aiza, jumlah itu boleh dicapai dengan menyimpan dinar selama empat tahun, tetapi memerlukan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak.

“Untuk adik-adik yang merancang untuk berkahwin dalam tempoh empat tahun dan mahu menjadikan RM30,000 sebagai dana perkahwinan, ini caranya.

Cara cepat kumpul RM 30k buat belanja kahwin, tak sampai 5 tahun boleh capai

“Ini adalah tabung kahwin untuk tahun 2028, dengan sasaran RM30,000. Kita mempunyai tempoh empat tahun (atau 48 bulan).

“Dinar bukan sahaja sesuai untuk hantaran tetapi juga mas kahwin. Ramai anak muda hari ini menjadikan satu dinar sebagai mas kahwin,” ujarnya dalam video tersebut.

Langkah-langkahnya:

1. Program ini kita bahagi kepada 48 bulan. Jadi adik-adik kena simpan sebanyak 1.6 gram (g) setiap bulan.

2. 1.6g (emas) ini memanglah kita rasa tinggi, tapi kita boleh buat dengan pasangan.

3. 1.6g bahagi kepada dua, jadi setiap orang simpan 0.8g. Paling senang perempuan boleh simpan 1g, lelaki simpan juga 1g.

4. Emas hari ini RM375 untuk 1g, untuk 0.8g adik-adik kena simpan lebih kurang RM330.

5. Selepas empat tahun, adik-adik dah ada lebih 80g emas. 80g ini kita bahagi kepada dua.

6. Yang pertama kita buat hantaran. Jadikan enam (keping) dinar sebagai hantaran. Enam dinar nilainya lebih kurang RM10,000, beratnya 29.75g.

7. Selebihnya adik-adik boleh menggunakannya untuk belanja kahwin sebanyak RM20,000. Contohnya untuk baju, kenduri dan sebagainya.

BACA: Kain lap kotor jangan buang terus, ini tips mudah ‘confirm’ terus putih hilang dosa