Realtime website trackingweb stats

Cara buat sendiri susu pisang di rumah paling penting rasa asli

Oleh ABDULLAH HAMID

Milkshake atau susu kocak memang nikmat dinikmati pada hari panas untuk melegakan dahaga.

Antara perisa yang sering menjadi kegemaran ramai ialah pisang, dengan rasa lemak manisnya yang mampu memikat selera sesiapa sahaja.

Melalui hantaran di Facebook oleh AJ Idris, beliau berkongsi cara mudah membuat susu kocak pisang sendiri di rumah.

“Saya dah bosan beli susu pisang di kedai. Kebanyakannya hanya guna perasa tiruan, tiada pisang asli pun.

Harga pula mahal, tak berbaloi. Jadi, saya tunjuk cara buat sendiri. Memang puas hati!” tulisnya.

Cara buat sendiri susu pisang di rumah paling penting rasa asli

Berikut adalah langkah-langkah yang dikongsikan:

Bahan-bahan
1 biji pisang – Pisang berangan disarankan untuk rasa yang lebih sedap.
1 gelas susu – Pilih susu penuh krim, susu rendah lemak, atau susu segar mengikut citarasa.
1 sudu kecil gula atau madu – Bergantung kepada tahap kemanisan yang diingini.
Cara Membuat

Masukkan pisang dan susu ke dalam pengisar, kemudian kisar hingga sebati.

Tambahkan gula atau madu untuk rasa lebih manis, kacau sehingga rata.

Untuk tekstur yang lebih pekat dan menyegarkan, tambahkan ais batu bersama bahan lain sebelum mengisar.

Tip Ekstra: Anda boleh menambah topping seperti cip coklat, serbuk kayu manis, atau krim putar untuk menjadikan susu kocak lebih menarik.

BACA: Tun M gesa pesalah ISA harus dibicarakan, rupanya lupa apa yang dia pernah buat