Air soya adalah minuman yang sangat popular di kalangan orang Malaysia.
Banyak yang memilih air soya untuk menghilangkan dahaga selepas berpuasa sepanjang hari.
Apabila pergi ke bazar Ramadan, mungkin beberapa dari kita akan terkejut melihat harga air soya meningkat pada tahun ini.
Jika anda ingin berjimat, mengapa tidak mencuba membuat air soya sendiri menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri di Facebook?
“Air soya memang sedap dan banyak khasiat. Membuat sendiri air soya lebih menjimatkan dan lebih sihat tanpa sebarang pengawet. Lagipun mudah saja nak buat,” kata Asrinna.
Bahan-bahan:
– Kacang soya
– Gula
– Daun pandan
Cara penyediaan:
1. Cuci dan rendam kacang soya selama empat hingga lima jam atau hingga mengembang. Biasanya direndam sebelum tidur untuk dimasak esok pagi.
2. Bilas sekali lagi. Buang kulit-kulit yang lepas. Tuskan.
3. Langkah ini penting. Tumbuk kacang soya dengan air. Gunakan nisbah satu cawan kacang soya kepada tiga cawan air. Tambahkan air sedikit demi sedikit.
4. Tapiskan menggunakan kain penapis. Masak air soya bersama daun pandan. Gunakan api sederhana. Masak hingga hampir mendidih. Kemudian, matikan api.
5. Tambahkan gula sesuai dengan selera anda. Kacau hingga gula larut. Siap!
Dengan 250 gram kacang soya, anda akan mendapat dua liter air soya.
Baca:
Dah lebih 100 tahun tak kena penyakit kronik, ini petua lelaki tua boleh dicontohi