Realtime website trackingweb stats

Cara berkesan halau ‘cik ti’ di dalam rumah, hanya 5 bahan di dapur

Oleh NURAIMAN

Masalah tikus berkeliaran di dalam rumah memang membuatkan ramai daripada kita resah.

Hendak tangkap menggunakan tangan rasa geli, apatah lagi ia haiwan yang licik.

Racun tikus biasanya menjadi pilihan bagi membunuh atau menghalaunya tapi tahukah anda bahan kimia ini sebenarnya dapat memberi kesan juga kepada kesihatan manusia.

Bagi menghalang perkara itu, kita sebenarnya boleh menggunakan bahan semulajadi bagi menghalau tikus

Atau diberi jolokan ‘cik siti’ ini daripada terus berkeliaran di dalam rumah termasuklah:

Cara berkesan halau ‘cik ti’ di dalam rumah, hanya 5 bahan di dapur

Cara berkesan halau ‘cik siti’ di dalam rumah, cuba 5 bahan semualajadi ini

1. Kelapa Parut

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa kelapa parut dapat digunakan sebagai penghalau tikus. Caranya juga mudah; parut kelapa dan taburkan ia di lubang atau laluan tikus dan nescaya ia akan lari.
Kelapa parut juga boleh dijadikan sebagai umpan dengan mencampurkan beberapa buah lain bersamanya seperti oren, sengkuang, dan nanas.

Cara berkesan halau ‘cik siti’ di dalam rumah, cuba 5 bahan semualajadi ini

2. Buah Mengkudu

Ia bukan sahaja berkhasiat dalam meningkatkan daya tubuh badan manusia, mengkudu atau Morinda Citrifolia juga bagus sebagai penghalau tikus.

Cara menggunakannya adalah dengan mengambil ekstrak mengkudu dan curahkan ke tempat laluan atau persembunyian tikus. Ia bukan sahaja dapat menghalau tikus tetapi serangga lain.

Selain menggunakan bahan-bahan alami di atas, pastikan selalu menjaga kebersihan tempat tinggal, agar tikus tidak singgah. Buanglah barang-barang bekas yang sudah tidak terpakai, agar tidak menjadi sarang tikus.

Cara berkesan halau ‘cik siti’ di dalam rumah, cuba 5 bahan semualajadi ini

3. Daun Sirih

Daun sirih adalah herba yang sangat efektif menghalau tikus dan serangga dan cara menggunakannya juga cukup mudah iaitu rebus daun dan batangnya untuk diambil ekstraknya. Curahkan ke kawasan laluan atau lubangnya. Bau daun sirih akan menakutkannya.

Cara berkesan halau ‘cik siti’ di dalam rumah, cuba 5 bahan semualajadi ini

4. Kulit Jering

Jangankan kata tikus, manusia pun ada yang tak tahan dengan bau jering yang kuat. Meskipun ia tidak dapat membunuh tikus, tetapi aromanya sudah cukup membuatkan tikus lari.

Cara berkesan halau ‘cik siti’ di dalam rumah, cuba 5 bahan semualajadi ini

5. Daun Jelatang

Daun jelatang yang banyak tumbuh secara liar banyak manfaatnya dan bagi yang ingin menghalau tikus, gunakan daun ini sebagai umpan dalam perangkap kerana ia tertarik dengannya.

Meskipun terdapat pelbagai cara untuk menghalau tikus daripada memasuki rumah, apa yang paling penting adalah kita harus menjaga kebersihan rumah dan memastikan dapur dibersihkan serta sampah dibuang agar tidak menarik perhatiannya.

Baca Juga:Resepi Kuih Lopes Gula Melaka, tiada daun pisang pun dijamin menjadi!