Realtime website trackingweb stats

Bunuh, gigit dan kunyah mangsa, lelaki mental dakwa diri ‘dirasuk’

Oleh FATIN AQILAH

Seorang lelaki bernama Colin Czech telah dituduh melakukan kesalahan membunuh serta disyaki terlibat dalam tindakan mengunyah telinga dan mata mangsanya di Las Vegas.

Czech, yang berusia 29 tahun, dituduh memukul sehingga menyebabkan kematian Kenneth Brown di kawasan tempat letak kereta sebuah kedai 7-Eleven pada 28 April.

Kemudiannya, beliau dilihat menggigit wajah mangsa sebelum seorang saksi membuat panggilan kecemasan kepada pihak polis, yang seterusnya mengakibatkan penahanannya.

Apabila disoal siasat oleh pihak polis, Czech dilaporkan hanya “memberi pandangan kosong” dan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.

Semasa dalam siasatan berasingan, Czech yang juga seorang gelandangan memberitahu pihak polis bahawa beliau tidak tidur selama lima malam berturut-turut.

Dia juga mengatakan bahawa dia telah ‘dirasuk’ dan menuduh Brown telah menyerangnya dahulu, yang mengakibatkannya terpaksa bertindak balas untuk mempertahankan diri.

Pada 1 Mei, David Westbrook, Ketua Timbalan Pertahanan Awam, memberitahu Mahkamah Keadilan Las Vegas tentang isu mental yang dihadapi oleh tertuduh.

Mahkamah telah menetapkan tarikh pendengaran semula kes itu pada 24 Mei.

Jika Czech disahkan mengalami masalah kesihatan mental, beliau akan diberikan rawatan di sebuah institusi yang berkaitan sehingga beliau layak untuk menghadiri mahkamah.

Beliau kini ditahan tanpa jaminan.

Baca:

JPJ sanggah BJAK, dedah ramai mengadu ditipu. Sebenarnya sah ke tak cukai jalan guna BJAK?

Pergerakan & percakapan terbatas, Faisal Halim melecur tahap empat, perjalanan karier jadi tanda tanya

Anak lelaki pun kena jaga pergaulan mereka,banyak kes HIV dan Aids dalam peringkat umur ini