Realtime website trackingweb stats

Buli siber punca hilang nyawa

Oleh ADINDA

Lewat tahun 2019 yang lalu Nabil Norhalim, seorang pegawai kerajaan negeri pernah menegur satu artikel dari tentera Troll Kebangsaan Malaysia yang menyiarkan artikel Wardina Saffiyah menangis gara-gara netizen men”troll” beliau di hantaran video promosi tudung.

Nabil Norhalim

Kebanyakkan serangan yang ditujukan terkait dengan Dr Maszlee Malik, MP Simpang Renggam.
Menurut Nabil, “saya mengkritik siaran artikel tersebut dan kemudian teguran saya di siar semula dalam buletin TTKM. Baju politik ini lain tuan-tuan, YB Nurul Izzah kena baling batu, Dr Dzulkifli pernah ditumbuk, YB Khalid Samad diludah. Itu harga orang politik”.

Tambah Nabil, “orang awam yang tidak isi borang, tak bertanding jawatan parti, tak hadir kongres parti Cuma menyokong sahaja (saya ulang) TIDAK WAJAR diserang”.

Baru-baru ini sekali lagi seorang pengguna media sosial diasak teruk di media sosial sehingga terpaksa menukar privacy status gambar profile, gara-gara mendedahkan seorang Menteri besar yang dikatakan melanggar SOP.

Siber buli adalah real, boleh cabut nyawa seseorang. Mengganggu kehidupan dan banyak lagi. Tapi orang politik. Teruskan lah mengkritik mereka. Baju dan muka mereka sudah pun ditebalkan untuk kritikan.

Kalau tak sanggup menghadapi kritikan, sindiran dan teguran jangan jadi orang politik. Walaupun dapat petisyen 198k sekalipun untuk letak jawatan, tetap tebal muka, buat tak tahu, tambahnya lagi.

Seorang penyokong PAS yang juga dikatakan seorang motivator memuat naik posting di Facebook bersifat buli siber sebelum memadamkannya dengan troll pengguna yang mendedahkan pelanggaran SOP oleh Menteri Besar Kedah

Laporan Sinar Harian menyebut, buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan individu melalui medium elektronik seperti mesej khidmat pesanan ringkas (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial dan WhatsApp yang melibatkan akses teknologi.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, kesan kepada mangsa bergantung kepada bentuk buli yang diberikan menyebabkan seseorang itu berasa rendah diri sekali gus berpotensi ke arah bunuh diri.

Tahun lepas dilaporkan seorang gadis berusia 20 tahun di Pulau Pinang bertindak luar dugaan dengan menggantung dirinya kerana tidak tahan di buli dalam laman sosial kelmarin.

Menerusi laporan Malaysia Gazette, gadis itu sempat meninggalkan nota memohon maaf kepada keluaraga serta sahabat terdekatnya kerana terpaksa bertindak demikian kerana tidak sanggup lagi menahan cemuhan warga netizen berhubung video ‘tik tok’ yang dimuat naik.

Di Bukit Mertajam, seorang wanita berusia 20 tahun ditemui mati pada hari Selasa (19 Mei 2020) di biliknya selepas dipercayai menggantung diri kerana tidak tahan dengan kecaman dan komen hinaan yang diterimanya di Facebook.

Video tik tok itu turut disertai oleh rakan mangsa yang merupakan seorang lelaki warga asing.

Bagaimanapun, sebuah profil palsu di Facebook dengan nama ‘Joker Oruvan’ kemudian bertindak memuat naik video itu sambil melemparkan kata-kata berbaur menghina terhadap mangsa di ikuti provokasi oleh sekumpulan netizen.

Akibat tidak tahan dengan cemuhan dan lemparan berita palsu tersebut, mangsa sempat membuat laporan polis.

Namun komen-komen itu tidak dipadamkan, malah semakin banyak.

Akhirnya mangsa bertindak menggantung dirinya di Pulau Pinang.

Menurut laporan Astro Awani, melihat kepada statistik tahunan, kes-kes yang melibatkan cubaan membunuh diri atau mangsa yang telah meninggal dunia mencatatkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, jika dibandingkan dalam tempoh dua tahun, tahun 2019 merekodkan 188 kes yang dihadiri oleh bomba manakala tahun 2020 sehingga 30 November, ia telah meningkat kepada 226 kes.
Perbandingan kes bunuh diri tahun 2019 dan 2020 menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus.
Perbandingan kes bunuh diri tahun 2019 dan 2020 menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus.
Perbandingan kes bunuh diri tahun lepas dan tahun 2020
Perbandingan kes bunuh diri tahun 2019 dan tahun 2020
Jadi ia menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tahun lepas. Jika kita bandingkan pula tahun 2020 dengan 2018, peningkatan adalah lebih tinggi kerana pada tahun 2018, kita telah hadir kepada 167 kes. Secara perbandingan dengan tahun 2020, peningkatan sebanyak 35 peratus.