Realtime website trackingweb stats

Bukan seekor lembu cedera tergolek, 90 minit jalan sesak teruk akibat pemandu lori cuai

Oleh ADINDA

Bukan seekor lembu cedera tergolek, 90 minit jalan sesak teruk akibat pemandu lori cuai. Seekor lembu nyaris digilis selepas ia terjatuh dari sebuah lori ke atas jalan raya yang mempunyai had kelajuan 112 kilometer sejam, lapor akhbar The Sun, semalam.

Video mengejutkan itu dirakam di lebuh raya M6, wilayah North West pagi Selasa lalu.

Lembu itu dilaporkan sedang diangkut menggunakan sebuah lori apabila ia terjatuh dan hampir dilanggar kenderaan lain.

Polis memaklumkan bahawa seekor lagi lembu jatuh dari lori tersebut pada jarak 3.2 kilometer dari lokasi kejadian pertama.

Haiwan ternakan yang berkeliaran di lebuh raya itu kemudian mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk apabila jalan terpaksa ditutup selama 90 minit.

Bukan seekor lembu cedera tergolek, 90 minit jalan sesak teruk akibat pemandu lori cuai. Seekor lembu nyaris digilis selepas ia terjatuh dari sebuah lori ke atas jalan raya yang mempunyai had kelajuan 112 kilometer sejam, lapor akhbar The Sun, semalam.Video mengejutkan itu dirakam di lebuh raya M6, wilayah North West pagi Selasa lalu.

Pegawai dari Kumpulan Polis Lebuhraya Pusat (CMPG) dalam satu kenyataan di Twitter mengesahkan bahawa lembu-lembu itu cedera, manakala jalan ditutup di kedua-dua arah.

Dengan bantuan beberapa pemandu lori, lembu-lembu itu berjaya dialih keluar dari jalan tersebut.

Baca:

Wanita trauma tengah gunting rambut, dirayu kata-kata lucah oleh tukang gunting

Pengikut ajaran sesat ini makin berani, nampak Islam rupanya boleh pesong akidah, awasi ahli keluarga

Dikecam teruk gara-gara peluk Mimi Peri, ini penjelasan Almy Nadia