Realtime website trackingweb stats

Bukan saja nilai tukaran duit pun salah tapi peta pun sama -Lagi bukti tak boleh percaya 100% dengan Google

Oleh FATIN AQILAH

Selepas heboh Google pun salah dalam memaparkan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit (USD-MYR), penunjuk arah Google Maps atau Peta Google pun sama buat hal.

Memang kena buat semak silang selepas ini dan tidak boleh lagi sepenuhnya bergantung pada maklumat dari Google.

Di India, penduduk tempatan di daerah Kodagu, negeri Karnataka sudah bosan dengan ‘masalah’ Google Maps.

Bukan saja nilai tukaran duit pun salah tapi peta pun sama -Lagi bukti tak boleh percaya 100% dengan Google

Mereka bertindak memasang papan tanda memberi amaran kepada pengembara dan pelancong tentang kesilapan penunjuk arah Google Maps.

“Google silap. Jalan ini tidak menuju ke Kelab Mahindra.”

Itu peringatan yang tertera pada papan tanda tersebut yang tular di media sosial.

Papan tanda itu dipasang oleh penduduk kampung yang bosan dengan sejumlah pengembara sesat ketika hendak menuju ke kelab tersebut.

Pengguna jalan raya yang sesat itu bertanyakan kepada penduduk tempatan arah tuju kelab tersebut selepas dikelirukan oleh Google Maps.

Baca:

Menahan rindu! Isteri dakwa Safee Sali ‘culik’ anak sejak Februari

Netizen mengeluh martabak mahal, rupanya ini puncanya

Bella Astillah terkejut dituduh rancang tangkap basah Aliff Aziz & Ruhainies