Samuel Harris Altman, pemilik firma OpenAI yang mencipta bot ChatGPT bukan saja bimbang ancaman bahaya dari kecerdasan buatan (AI) bahkan dia sudah simpan semua ini untuk menghadapi ‘kiamat’.
Pengasas firma kepintaran buatan(AI), OpenAI itu percaya bahawa dunia berdepan kehancuran di tangan AI yang akan menyerang manusia.
Lelaki berusia 39 tahun dan vegetarian itu juga bimbang akan ancaman perang nuklear dan virus ‘sintetik’.
Dia yang dipecat dan dilantik semula pada November 2023 daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat OpenAI itu mahu memastikan dirinya selamat jika ‘kiamat’ berlaku.
Untuk memastikan dirinya selamat, Altman menyediakan sejumlah keperluan ‘kiamat’ termasuk ubat antibiotik, air dan banyak lagi barangan lain.
“Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya,” katanya kepada media sebelum menyebut senarai barangan yang disimpannya seperti berikut:
1. Senjata api
2. Emas
3. Potassium iodida
4. Antibiotik
5. Bateri
6. Air
7. Topeng gas daripada Angkatan Pertahanan Israel (IDF)
8. Tanah luas di Big Sur (pergunungan California) sebagai tempat perlindungan.
Senarai 8 barangan yang sudah Altman persiapkan itu disebutkannya sejak tahun 2016 lagi.
Altman turut memberitahu, dia dan pengasas bersama PayPal, Peter Thiel turut mengaturkan supaya mereka melarikan diri menuju hartanah mewah milik Thiel di New Zealand jika hari ‘kemusnahan umat manusia’ berlaku.
Baca:
Ini ibu bapa perlu tahu garis panduan pakaian sekolah sesi akan datang ketika cuaca panas melampau
Masak ketika maghrib dengan pintu terbuka, ibu husnudzon kuetiau goreng tiba – tiba ‘menghitam’