Posisi seorang pengawal keselamatan yang tertidur semasa duduk mungkin kalau dilihat pencuri boleh buat mereka cabut lari.
Tubuh ‘pak guard’ tanpa ‘kepala’ itu juga barangkali tuan kedai pun boleh pitam jika melihatnya.
“Bang, kalau tidur boleh sandar kat roller shutter tu bang, jangan begini bang (kepala ‘hilang’). Takut kita,” gurau seorang pengguna Facebook, Fin.
Hantaran itu dilihat menarik perhatian warganet dengan lebih 7,000 tanda ‘like’ hanya selepas 2 hari dimuat naik di media sosial.
“Ni baru betul guard, orang takut nak pecah masuk. Ingat hantu ‘guard’ tiada kepala yang jaga kedai.
“Macam ni jangan kata perompak, polis pun lari.
“Perompak mesti patah balik kalau begini punya pemandangan.
“Lembut betul leher dia. Ni mesti jenis tulang pari,” demikian komentar warganet.
Dalam masa sama ada netizen secara sinis mengaitkan situasi ‘hilang kepala’ dalam kalangan jemaah solat Jumaat lantaran tertidur terutamanya semasa khatib membacakan khutbah.
“Suami saya cakap paling banyak yang hilang kepala masa hari Jumaat,” seloroh pengguna Facebook lain pula.
Terdapat juga berkata walaupun nampak lucu tetapi bersimpati dengan keletihan individu berkenaan dalam mencari rezeki.
Baca:
Nah ini dia rahsia kuah kari sedap, kena letak bahan 3 bahan azimat
Bontot kuali hitam? Bahan ini bantu hilangkan kerak rentung dengan mudah