Seperti yang diumumkan dalam kenyataan media, kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat.
Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.
“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Walau bagaimanapun, persidangan ini hanyalah bertujuan memberi penerangan kepada semua Ahli Parlimen berkenaan Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.
Tiada sebarang perbahasan dan soalan yang akan dikemukan daripada ahli-ahli parlimen.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perkongsian di facebooknya mempersoalkan untuk tujuan apa dibuka parlimen jika tiada perbahasan dan undian, hadir sekadar dengar ceramah kerajaan.
“Saya nak bawa isu rakyat” kata Syed Saddiq
SOP dua darjat, yuran universiti dan nasib mahasiswa antara yang ingin ahli parlimen Muar itu bangkitkan di parlimen.
Menurut Syed Saddiq, persoalan lain yang ingin dibangkitkan juga adalah berkaitan moratorium tanpa faedah utamakan rakyat, bukan untung bank bank besar.
“Kalau nak buka, buka seluas luasnya. Bukan sekadar formaliti supaya kami dengar ceramah kerajaan”.
Tambah Syed Saddiq lagi “Saya wakil rakyat. Rakyat bayar gaji saya. Saya wajib berkhidmat untuk mereka”.