Budak flat punya perangai chop parking siap padlock buat netizan bengang, macam bapak dia punya.
Di mana-mana kawasan perumahan sekitar Malaysia, penduduk pasti menghadapi masalah yang hampir serupa iaitu kekurangan ruang parkir kereta.
Baru-baru ini tular satu gambar dalam Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini di mana ada penduduk pangsapuri telah membina bangsal di ruangan parkir siap berkunci padlock.
Bangsal parkir tertutup itu agak luas, boleh memuatkan dua buah kenderaan untuk diletakkan di situ. Di kiri dan kanannya juga mempunyai bangsal terbuka.
Rata-rata ahli Facebook Group itu mengecam tindakan pemilik bangsal tersebut yang bersikap pentingkan diri sendiri dan menyalahgunakan kawasan awam.
Netizen turut mempertikaikan bagaimana pemilik itu mendapat kelulusan untuk membina bangsal tersebut.
Binaan itu bukanlah yang pertama, pada tahun lalu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah meroboh sebuah bangsal yang dibina di tengah-tengah jalan kawasan perumahan bagi tujuan parkir di Seri Mahkota.