Walaupun telah berlaku kepada kemalangan jiwa sebelum ini, masih ramai remaja yang berdegil mengayuh basikal secara berbahaya di jalan raya.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kumpulan remaja belasan tahun berbasikal lajak dengan laju tanpa menghiraukan kenderaan lain yang lalu lalang.
Seorang lelaki yang menyedari tindakan mereka bertindak menangkap kumpulan tersebut dan memberikan denda.
Setiap pelaku diarahkan mengangkat basikal masing-masing ke atas benteng sebagai hukuman.
Difahamkan lelaki itu bertindak demikian kerana mereka terus berdegil di kawasan sibuk walaupun sudah diberi nasihat berulang kali.
Lelaki tersebut juga mendapati bahawa ada pelaku yang terlepas, tetapi dia berjanji akan mencari mereka untuk memberikan pengajaran.
Kejadian ini turut mendedahkan situasi berbahaya di mana pemandu lori dan terpaksa mengelak remaja tersebut yang berlumba dengan kelajuan tinggi di jalan raya.
@khairulnizam1881 Nak lumba ke nak fly ke bukan jalan raya besar dik Banyak kali cakap denggil ar korang. Yang terlepas tu tunggu nanti ye.. #lajaksejati #flytoroad #daklajakkantoilagi ♬ suara asli – didotcreatorstudio – dcreatorstudio
Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok MamatLJ mendapat perhatian ramai, meraih lebih 700,000 tontonan, 31.1K tanda suka, dan pelbagai komen.
Rata-rata netizen berpuas hati melihat tindakan tegas lelaki itu dan berharap hukuman tersebut memberi kesedaran kepada remaja berkenaan.
Netizen juga menggesa penduduk setempat untuk bekerjasama dengan pihak polis dalam menjalankan aktiviti perlumbaan haram basikal lajak ini demi keselamatan semua pihak.
BACA: Akhirnya terjawab kenapa ayam panggang Bakers Cottage cepat habis