Realtime website trackingweb stats

Budak 12 tahun cipta sejarah, mahasiswa termuda UM, lain pula jadi bila Rosmah Mansor ‘claim’

Oleh SHAZLIN AZIZ

Datin Seri Rosmah Mansor mengucapkan tahniah kepada Iz Emir, seorang remaja berusia 12 tahun

Beliau yang berjaya mencipta sejarah sebagai mahasiswa termuda di Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Iz, yang nama penuhnya Izz Imil Shahrom, kini sedang melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di universiti tersebut.

“Rasa bangga saya hari ini seolah-olah seperti dia adalah anak saya sendiri,” kata Rosmah,

isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam satu hantaran di Facebook selepas berita mengenai Iz Emir yang diterima di UM tular.

Budak 12 tahun cipta sejarah, mahasiswa termuda UM, lain pula jadi bila Rosmah Mansor 'claim'

Iz Emir merupakan produk program Permata Pintar yang ditubuhkan oleh Rosmah pada April 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi besar dalam akademik.

Rosmah turut mengimbau kenangan pertama kali bertemu Iz ketika kanak-kanak itu baru sahaja menyertai program Permata Pintar di UKM. Ketika itu, Iz baru berusia enam tahun tetapi sudah berada di Tingkatan 1, suatu pencapaian luar biasa bagi kanak-kanak seusianya.

Menurut Rosmah, Iz berjaya menamatkan O-Level ketika berusia lapan tahun dan menamatkan A-Level pada usia 11 tahun.

“Anak ini memukau saya dengan kecerdasannya semasa pertama kali saya berjumpa dengannya di Permata Pintar.

“Hari ini, saya kembali merasa bangga apabila dia menjadi mahasiswa termuda dalam sejarah Universiti Malaya sejak 1962,” tulis Rosmah.

Iz Emir juga menerima sijil daripada John Hopkins Centre for Talented Youth sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap kecemerlangannya dalam akademik.

Kisah Iz Emir di Universiti Malaya mula mendapat perhatian setelah dimuat naik di laman Facebook Profesor Fatimah Kari dari Jabatan Ekonomi UM.

Namun menurut Malay Mail, catatan tersebut telah dipadam tanpa penjelasan lanjut.

Profesor Fatimah ketika dihubungi turut enggan mengesahkan atau menafikan berita tersebut dan meminta media untuk merujuk kepada jabatan komunikasi korporat UM untuk pengesahan.

“Sila hubungi Corporate Comm UM untuk pengesahan. Semak laman web UM untuk nombor telefon dan emel. Terima kasih,” kata Profesor Fatimah.

Walaupun terdapat sedikit kekeliruan mengenai pengesahan rasmi Iz di UM, perjalanan akademik remaja ini jelas sekali luar biasa dan inspiratif.

BACA: Pakai 3 lapis sweater pun mengigil! Ini 9 negara paling sejuk, suhu bawah -70c!