Realtime website trackingweb stats

‘Buat apa masuk kalau orang kata saya macam peminta sedekah’ Man Raja lawak tolak pelawaan Sepahtu Reunion

Oleh ABDULLAH HAMID

Man Raja Lawak menyatakan bahawa dia sudah tawar hati untuk menyertai Sepahtu Reunion Live

setelah permohonannya untuk menjadi pelakon tetap program tersebut ditolak.

Man nekad tidak akan menerima tawaran undangan daripada rancangan berkenaan,

sama ada sebagai pelakon undangan untuk episod mahupun cameo.

Ini kerana dia tidak mahu digelar seperti peminta sedekah.

'Buat apa masuk kalau orang kata saya macam peminta sedekah' Man Raja lawak tolak pelawaan Sepahtu Reunion

Sebelum ini, Man mengakui bahawa dia terlalu teruja untuk bergandingan dengan mereka, tetapi pihak satu lagi hanya mahu menjadikannya kambing hitam.

“Buat apa nak jadi kambing hitam? Apabila tiada orang lain yang boleh buat persembahan atau tiada orang nak naikkan rating, barulah mereka nak panggil kita,” tegas Man.

Dipetik dari mStar, Man Raja Lawak berkata: “Buat apa lagi nak masuk kalau orang kata saya ini macam peminta sedekah? Betul pada awalnya, tetapi jika saya sahaja yang beria dan pihak sana seolah-olah tidak berminat, tak boleh juga.

“Apabila tiada orang lain boleh naikkan rating, baru mereka nak panggil saya. Baru nak mengharap dan terhegeh-hegeh,” katanya kepada mStar.

Man menafikan bahawa keputusannya itu disebabkan dendam. Sebaliknya, dia lebih menganggap bahawa itu bukan rezekinya.

BACA: Pakai 3 lapis sweater pun mengigil! Ini 9 negara paling sejuk, suhu bawah -70c!