Realtime website trackingweb stats

Bos Mydin pakai baju batik RM20 jenama sendiri raih perhatian netizen

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana aksinya yang bersahaja, mengenakan baju batik jenamanya sendiri berharga RM20.

Walaupun dia memiliki pasar raya besar dan dikenali sebagai seorang hartawan, namun dia sangat merendah diri kerana masih mengenakan baju yang murah.

Foto Ameer Ali menggayakan baju batik jenamanya itu dimuat naik laman X milik Mydin bagi tujuan promosi.

Tidak dinafikan, baju batik mampu milik itu tampak premium seakan direka khas berharga puluhan ribu selepas dipakai oleh bos Mydin.

Meninjau ke ruangan komen, ramai memuji kerendahan hati boss Mydin dan menyifatkan beliau sebagai seorang berjimat cermat sama mewarisi sikap bapanya.

Bos Mydin pakai baju batik RM20 jenama sendiri raih perhatian netizen

Mereka juga berkata, orang yang betul-betul kaya sebenarnya di kehidupan realiti adalah seorang yang sangat merendah diri.

“Auto mahal nampak bila orang kaya pakai,” kata Elle.

“Siapa lagi nak pakai baju syarikat sendiri jual kalau bukan bos dan kakitangan sendiri. Bagus la bos Mydin ni,” komen Raymond.

“Orang lain pakai nampak macam harga RM20. Bos pakai yang RM20 pun orang nampak macam batik lukis tangan Terengganu RM2000,” komen Amirul pula.

BACA: Cara betul basuh sayur brocoli, kalau salah ‘gaya’ boleh keracunan makanan