Satu promosi baju Melayu yang kalis air menarik perhatian orang ramai ketika Aidilfitri semakin hampir ini.
Demonstrasi simbah air ke atas baju Melayu itu sama ada di bahagian depan mahu pun belakang mengundang reaksi lucu pula dalam kalangan netizen.
Ada yang menyarankan boleh tapau dah air sirap jiran masuk poket semasa berkunjung di hari raya nanti.
Tidak kurang juga yang berseloroh boleh beli untuk dijadikan baju hujan.
“Dulu orang tapau kuih raya jiran simpan dalam poket. Lepas ni boleh tapau air gas jiran sebab poket boleh simpan air.
“Poket baik ni boleh tapau air tinggal straw je.
“Boleh beli buat baju hujan. Sekarang ni pun dah nak masuk musim hujan dah. Keluaran tepat waktu,” demikian antara usikan warga maya.
Dalam masa sama, terdapat juga yang ‘risau’ apabila membayangkan sekiranya hari panas.
“Baju tak serap peluh, menitik peluh dari celah ketiak,” tulis seorang netizen lagi.
Baca:
Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu
Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta
3 tips kuruskan badan sebelum Hari Raya, rupanya boleh je makanan bergoreng tapi…