Realtime website trackingweb stats

Boleh sewa payung RM2, tak perlu risau berhujan naik LRT, bijak bisnes ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Warga kota yang kerap menggunakan pengangkutan awam perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) tak perlu risau berpanas atau berhujan kerana sudah boleh sewa payung RM2.

Pada masa ini, terdapat lebih 100 stesen LRT dan MRT di sekitar ibu kota yang menyediakan perkhidmatan ini selain di hotel-hotel.

Ramai yang menyifatkan strategi bisnes payung ini sebagai bijak kerana jika pengguna tidak pulangkan payung yang disewa kena tolak RM20 dari akaun aplikasi.

Memang bisnesnya jual payung memandangkan rekabentuknya pun cantik-cantik belaka.

Ikuti perkongsian Mazlan Mohamad mengenai bisnes payung yang mungkin ramai orang tidak pernah terfikirkan sebelum ini:

Antara DNA orang bisnes adalah otaknya kaya dengan idea bisnes.

Kalau ada modal, macam-macam hendak dibuatnya.

Contohnya, macam idea bisnes sewakan payung Payunglah. Foundernya, Kuek Yeong Chian, dapat idea ini masa berada di Shanghai.

Model bisnesnya mudah, mesin layan diri yang ada payung diletak di lokasi-lokasi strategik seperti di LRT, stesen bas, hotel dan pusat membeli-belah.

Sesiapa yang hendak sewa hanya perlu muat turun apps Payunglah, masukkan duit dan terus boleh sewa lepas duit ditolak. Sewanya dua ringgit sehari.

Macam mana kalau orang buat ‘harta’ payung itu atau rosakkannya?

Itu semua beliau sudah ambil kira dan ada langkah-langkah untuk minimumkan risiko.

Ada ke orang sewa? Ada, mereka akan muncul apabila cuaca terlalu panas atau waktu hujan.

Sekarang mesin Payunglah sudah ada di lebih 100 lokasi di Lembah Klang dan bakal bertambah lagi.

Baca:

“Ramai lagi yang akan keluar” – Apa sebenarnya berlaku kepada JDT sampai TMJ berkata begini

Dah takdir tahun baharu, kereta elektrik tengah cas tiba-tiba terbakar

Kau bukan siapa-siapa perlu dapat layanan istimewa’ – Nabi Ibrahim pun dibakar hidup-hidup