Realtime website trackingweb stats

Boleh ke nikah siam cerai di Malaysia?

Oleh FATIN AQILAH

Boleh ke nikah siam cerai di Malaysia? Pasangan yang bernikah di Thailand tanpa mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia tidak boleh memfailkan permohonan cerai di negara ini, menurut Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli.

Dalam satu hantaran di kumpulan Telegram *Nota Syarie by Fahmi Ramli* semalam, beliau menjelaskan bahawa terdapat dua pilihan bagi pasangan yang ingin bercerai selepas bernikah di sempadan Thailand.

Dua Pilihan untuk Bercerai

1. Daftar Perkahwinan di Malaysia Terlebih Dahulu

– Pasangan perlu mengesahkan pernikahan mereka di Malaysia.
– Setelah disahkan, barulah mereka boleh mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Malaysia.

2. Lakukan Proses Perceraian di Thailand

– Jika perkahwinan berlangsung di Siam, maka perceraian juga perlu dilakukan di sana.
– Pasangan perlu mematuhi prosedur undang-undang Thailand seperti mana mereka bernikah di negara itu.

Peringatan Buat Pasangan yang Berniat Nikah di Siam

Khairul Fahmi menegaskan bahawa sijil pernikahan yang dikeluarkan di Thailand tidak sah digunakan di Malaysia jika ia tidak didaftarkan secara rasmi di negara ini.

“Tolonglah jangan pergi menikah di Siam. Sijil nikah dari sana tidak boleh digunakan di Malaysia. Jika ingin memfailkan perceraian di mahkamah syariah Malaysia, anda perlu memastikan perkahwinan telah didaftarkan secara sah di sini,” katanya.

Kesimpulannya, pasangan yang memilih jalan mudah untuk bernikah di luar negara perlu bersedia dengan segala risiko termasuk kesukaran dalam proses perceraian. Jika tidak mahu berdepan dengan masalah rumit di kemudian hari, adalah lebih baik untuk berkahwin mengikut prosedur yang sah di Malaysia.

BACA LAGI :

Selepas 3 bulan bercerai akhirnya Ira kazar temui penganti?

‘Terima kasih untuk segalanya’ Akhirnya Cik Epal sahkan dah bercerai dengan Jofliam

Antara punca suami isteri bergaduh sampai bercerai, no.2 tu jangan buat main!