Realtime website trackingweb stats

Boleh jatuh haram jika bahayakan diri untuk cium hajar aswad, Dr Zulkifli tegur Hafiz Mahamad

Oleh SHAZLIN AZIZ

Video seorang usahawan yang popular di media sosial, Hafiz Mahamad, sedang viral kerana beliau berhimpit-himpitan di kalangan orang ramai di hadapan Kaabah semasa mengerjakan umrah untuk memastikan ahli pasukannya dapat mencium Hajar Aswad.

Video ini menimbulkan pelbagai reaksi, dengan kebanyakan orang bertanya-tanya sama ada tindakan Hafiz itu betul atau tidak, terutamanya apabila kain Ihram yang dipakainya terjatuh dan menampakkan badannya.

Seorang bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menyatakan bahawa mencium Hajar Aswad adalah ibadah yang disyariatkan, tetapi ia bukanlah wajib.

Boleh jatuh haram jika bahayakan diri untuk cium hajar aswad, Dr Zulkifli tegur Hafiz Mahamad

Bagi beliau, jika tindakan tersebut membawa kepada masalah, kesakitan kepada diri sendiri atau orang lain, atau membahayakan, maka hukumnya adalah haram.

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.

“Agak janggal apabila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya,” katanya di laman X, pada Ahad malam.

Zulkifli, yang dulunya adalah Mufti Wilayah Persekutuan, mengatakan bahawa ramai orang ditemui memuat naik video mereka menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial.

“Jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah trend yang merugikan itu.

“Sewajarnya di hadapan Baitullah, fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepadaNya.

“Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan masa untuk mencipta content,” katanya sambil menambah bahawa umrah adalah ibadah, dan bukan pelancongan ‘kerohanian’.

Dahulu, Hafiz telah memuat naik video yang menunjukkan usahanya yang gigih membantu sekumpulan pekerjanya, termasuk jemaah wanita, untuk mencium Hajar Aswad semasa mereka melaksanakan umrah.

“Mereka teringin sangat, kita cuba usahakan. MasyaAllah semua dengan izinNya. Dari semalam lagi Aina (isteri) cakap ada team nak ke Hajar Aswad. Abang boleh bawakan? Boleh. Tapi malam awak kena urut pinggang.

“Alhamdulillah, semoga jadi kenangan untuk team semua,” katanya.

Melalui video yang berlangsung selama tiga minit itu, situasi kelihatan sesak sehingga sebahagian kain ihramnya terbuka.

Sementara itu, Hafiz menegaskan bahawa tindakannya bukan sekadar untuk konten media sosial semata-mata.

“Saya bukan orang yang begitu. Jika awak pandang begitu, begitulah yang awak nampak,” kata Hafiz bagi menjawab komen salah seorang netizen yang mendakwa video itu dijadikan sebagai content media sosial.

Baca:

Penduduk nampak satu ‘objek’, rupanya sosok wanita jatuh bangunan dipercayai ditolak kekasih

Pekerja Mercedes-Benz di Jerman nikmati bonus sehingga RM37.6K

Ramai lelaki ‘DM’ mahu berkenalan dengan balu Abam Bocey, tapi ini dua sebab Hidayah kata ‘nanti dulu’