Realtime website trackingweb stats

Boikot syarikat salur dana kepada penjajah, ini seruan Mufti Pulau Pinang demi mereka yang dizalimi

Oleh NURAIMAN

Syarikat-syarikat antarabangsa yang didapati menyalurkan dana kepada rejim Israel mesti dikenakan tindakan boikot.

Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama digesa melakukan tindakan itu, tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor .

Ini termasuklah syarikat antarabangsa yang didapati menderma makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Gaza.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memulau kesemua syarikat antarabangsa yang menyalurkan dana kepada Israel.

“Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia sama ada yang beragama Islam atau tidak supaya menunaikan tanggungjawab kemanusiaan mereka dengan menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin untuk meringankan penderitaan mereka akibat serangan regim Zionis,” katanya pada 16 Oktober.

Gaza semakin parah apabila tentera zionis Israel melakukan serangan bom bertubi-tubi ke atas wilayah yang dianggap penjara untuk Palestin sejak sekian lama.

Lebih 2,300 warga Palestin tidak terkecuali kira-kira 30 petugas perubatan dan berpuluh petugas media terkorban manakala 1,300 bangunan musnah dibedil bom zionis.

Malah, tentera Israel pada 13 Oktober lalu menyerang penduduk Palestin yang sedang bergerak untuk berpindah selepas mereka diarah mengosongkan kawasan kediaman.

Walhal, sebelum itu, pihak Israel memberi jaminan bahawa laluan pemindahan itu selamat bagi penduduk wilayah dizalimi itu meninggalkan bandar Gaza.

Menurut Wan Salim, umat Islam di seluruh dunia wajib membantu saudara-saudara mereka yang sedang berjuang di bumi Palestin bagi mempertahankan diri dan tanah air daripada menghadapi serangan kejam daripada rejim Israel.

“Apatah lagi media melaporkan tentera penjajah Zionis menyasarkan kemudahan-kemudahan awam di Semenanjung Gaza termasuk hospital, masjid dan kediaman penduduk,” katanya.

Beliau menyifatkan Amerika Syarikat (AS) perlu disedarkan supaya menghentikan polisi ‘double standard’ yang dipraktikkan negara itu selama ini.

“Apatah lagi media melaporkan tentera penjajah Zionis menyasarkan kemudahan-kemudahan awam di Semenanjung Gaza termasuk hospital, masjid dan kediaman penduduk,” katanya.

Katanya lagi, Amerika Syarikat (AS) perlu disedarkan supaya menghentikan polisi ‘double standard’ yang dipraktikkan negara itu selama ini.

Baca:

Terpaksa mohon cop halal Indonesia, Malaysia rupanya belum ada lagi logo halal untuk makanan haiwan

Dituduh nikah tak sah dan berzina, ini komen Sabri Yunus

‘Melancong’ di airport saja hangus RM7,000, pengalaman wanita ini tidaklah seindah drama Korea