Bill Gates dakwa sawit Malaysia dan Indonesia punca kiamat cepat

Oleh ABDULLAH HAMID

Bill Gates dakwa sawit Malaysia dan Indonesia punca kiamat cepat. Baru-baru ini, tokoh teknologi dan dermawan terkenal, Bill Gates, telah melawat Indonesia dalam satu lawatan penting yang membincangkan pelbagai isu global — terutamanya berkaitan kesihatan dan perubahan iklim.

Selepas bertemu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Gates berkongsi pandangannya di blog peribadi beliau, memberi amaran tentang satu “kiamat moden” yang katanya mungkin berlaku lebih awal daripada dijangka — akibat tindakan manusia yang tidak disedari saban hari.

Bill Gates dakwa sawit Malaysia dan Indonesia punca kiamat lebih cepat

51 Bilion Tan Gas Rumah Hijau Setahun

Menurut Gates, aktiviti manusia telah menghasilkan 51 bilion tan gas rumah hijau setiap tahun. Beliau menekankan bahawa 7% daripada jumlah ini berpunca daripada penghasilan lemak dan minyak daripada haiwan dan tumbuhan.

“Untuk melawan perubahan iklim, angka ini perlu menjadi sifar,” tulis beliau.

Namun, Gates juga mengakui bahawa usaha untuk menghentikan penggunaan lemak haiwan sepenuhnya adalah tidak realistik, kerana manusia sememangnya bergantung kepada nutrien dan kalori daripadanya.

Solusi Inovatif: Lemak Tanpa Haiwan

Dalam usahanya mencari penyelesaian, Gates memperkenalkan syarikat permulaan bernama Savor, yang beliau sendiri labur. Savor berjaya menghasilkan lemak tiruan melalui proses unik menggunakan karbon dioksida dari udara dan hidrogen dari air.

Hasilnya? Lemak yang strukturnya hampir sama dengan susu, keju, daging lembu, dan minyak sayuran – tanpa menyeksa haiwan atau menghasilkan pencemaran.

Minyak Sawit: Malaysia & Indonesia Turut Terlibat

Gates turut menyentuh isu minyak sawit, yang menjadi lemak tumbuhan paling banyak digunakan di dunia. Ia bukan sekadar terdapat dalam makanan seperti kek, mi segera dan krimer kopi, malah juga dalam sabun, ubat gigi, deodoran, kosmetik dan juga bahan api biodiesel.

Malaysia dan Indonesia, dua pengeluar minyak sawit utama dunia, tidak terlepas daripada kritikan Gates.

“Masalahnya bukan pada penggunaan minyak sawit, tetapi bagaimana ia dihasilkan,” katanya.

Penebangan Hutan Punca Utama

Bill Gates menjelaskan bahawa kebanyakan pokok sawit hanya boleh tumbuh di kawasan khatulistiwa, yang membawa kepada penebangan hutan berskala besar di rantau tersebut – termasuk Malaysia dan Indonesia.

Akibatnya, ekosistem terjejas, kepelbagaian biologi musnah, dan gas rumah hijau meningkat mendadak hasil daripada pembakaran hutan.

Sebagai contoh, pada tahun 2018 sahaja, kerosakan hutan akibat penanaman sawit di Malaysia dan Indonesia menyumbang kepada 1.4% daripada jumlah emisi global – angka yang lebih tinggi berbanding seluruh negeri California, dan hampir menyamai keseluruhan industri penerbangan dunia.

Pengganti Minyak Sawit Mula Diperkenalkan

Walaupun minyak sawit sukar digantikan kerana ia murah, serbaguna, dan stabil, Gates percaya penyelesaian sedang muncul.

Salah satu syarikat yang disebut ialah C16 Biosciences, yang menggunakan yis liar dan proses fermentasi untuk menghasilkan alternatif kepada minyak sawit – tanpa sebarang emisi dan bebas dari pertanian konvensional.

“Minyak ini tetap semula jadi seperti minyak sawit, cuma ia dihasilkan dalam makmal, bukan ladang. Ia tumbuh dalam kulat, bukan di atas pokok,” jelas Bill Gates.

BACA JUGA :

Sering disajikan kejayaan billionaire zaman moden, tapi ramai tak kenal Mansa Musa

Mula dengan berniaga sim card, lelaki berjaya jana RM4.19 billion dalam 6 tahun

Nampak kaya hidup senang banyak harta, tapi cara kerja ‘billionaire’ ramai tak sanggup hadap