Realtime website trackingweb stats

Bil elektrik kekal rendah walau kerap guna aircond ini rahsianya

Oleh AHMAD ISMAIL

Dahulu, penyaman udara dianggap sebagai simbol kemewahan, namun kini ia menjadi satu keperluan akibat perubahan iklim yang semakin panas.

Situasi ini menyebabkan ramai terbeban dengan bil elektrik yang tinggi dan mencari cara untuk mengelakkan tunggakan bayaran.

Jika anda mengalami masalah yang sama, berikut adalah beberapa teknik penjimatan yang dikongsikan

oleh Jessame Abejaron berdasarkan pengalamannya:

1. Tetapkan Mod Dehumidifier (Dry Mode)

Bil elektrik kekal rendah walau kerap guna aircond ini rahsianya
Kaedah ini membantu mengekalkan kelembapan bilik antara 50 hingga 60 peratus.

Tetapkan suhu pada alat kawalan jauh kepada 26°C. Suhu bilik sebenar biasanya sekitar 24.3°C dengan kelembapan 47 peratus.

Jangan tetapkan suhu terlalu rendah seperti 16°C, kerana cuaca hanya membolehkan suhu sekitar 19°C sahaja.

Ini akan menyebabkan kompresor terus berjalan, meningkatkan penggunaan elektrik.

Setiap mod pada alat kawalan jauh mempunyai fungsi tersendiri, jadi gunakan mod dehumidifier untuk penjimatan tenaga sambil mengekalkan keselesaan.

2. Elakkan Mod Penyejukan (Cool Mode)

Untuk menjimatkan tenaga:

Tetapkan alat kawalan jauh ke mod dehumidifier dengan suhu 24°C atau 25°C.

Jika masih tidak selesa, mulakan dengan mod penyejukan pada 22°C, kemudian tukar ke mod dehumidifier.

Mod dehumidifier menggunakan frekuensi lebih rendah, menjimatkan sehingga 50% tenaga elektrik berbanding mod penyejukan.

Anggaran Kos Elektrik Sejam Mengikut Kuasa Penyaman Udara

1 HP (900 watt): 20 sen sejam
1.5 HP (1.2 kw): 30 sen sejam
2 HP (1.9 kw): 40 sen sejam
2.5 HP (2 kw): 50 sen sejam

Dengan langkah ini, anda dapat menikmati keselesaan penyaman udara tanpa membebankan bil elektrik anda.

BACA: Bukan calang-calang latar belakang remaja score subjek sejarah 100 peratus