Industri maritim melalui sektor pelabuhan dan perkapalan adalah nadi utama perdagangan dunia dan dianggarkan lebih 85 peratus daripada kargo antarabangsa diangkut melalui pengangkutan laut.

Menurut statistik dikeluarkan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) pada 2021, dianggarkan hampir 55,000 kapal dagang melaksanakan urus niaga pada peringkat antarabangsa.

Di Malaysia, sektor pengangkutan dan logistik menjadi tulang belakang pertumbuhan ekonomi negara yang membolehkan pergerakan penumpang serta barang yang cekap merentasi sempadan global sehingga ke sampai ke destinasi.

Baca:

Lelaki ini kongsi sejarah 99 Speedmart yang ramai tak tahu

Keluaran terbaru Proton Saga 2022 lebih ‘sporty’

Gagal kawal nafsu punca pokai selepas raya

Tonton: