Realtime website trackingweb stats

“Biarlah orang kritik, janji saya seronok” – Shila Amzah

Oleh AHMAD ISMAIL

Penyanyi Shila Amzah berkongsi bahawa Britney Spears adalah idolanya, dan itulah sebabnya dia memilih lagu “Baby One More Time” untuk persembahan dalam konsert Famili Duo 3 minggu kelima semalam.

Shila, atau Nurshahila Amir Amzah, yang berusia 33 tahun, berkongsi bahawa pemilihan lagu Britney Spears yang juga dinyanyikan oleh Siti Nordiana dalam konsert All Star Gegar Vaganza (GV10) semalam bukanlah disengajakan seperti yang dikatakan.

Dengan menggunakan hantaran yang sama, penyanyi lagu “Memori Tercipta” menyatakan bahawa dia telah menggemari Britney Spears sejak kecil lagi.

“Anda tidak boleh bayangkan bahawa saya sangat meminati Spears dan terlalu suka cara dia membuat persembahan di pentas.

“Hanya Spears yang saya minati sejak zaman kanak-kanak. Syukur saya boleh gerakan tarian signaturnya (persembahan semalam).

“Walaupun ada yang tidak suka namun saya sangat seronok kertika membuat persembahan,” ujarnya.

Walaupun persembahan Shila dan adik lelakinya, Syahir Amzah, menghiburkan, namun ia telah dikritik dengan keras oleh salah seorang juri tetap, iaitu Mas Idayu.

Menurut Mas Idayu, beliau berpendapat bahawa Syahir tidak mempunyai bakat yang mencukupi dalam bidang nyanyian dan kurang memberi kesan yang positif dalam persembahan.

Baca:

Ini makna sebenar kucing comel, siapa sangka Rexie hanya ada dua kaki saja

Berbaloi trip memancing ratusan ringgit, lelaki ini kongsi teknik ‘jinakkan’ tenggiri dan sotong mabang

“Dia muntah setiap kali makan, badannya susut mendadak” – Suhaimi In-Team ditidurkan di ICU