Realtime website trackingweb stats

Bertunang dengan adik tapi kahwin dengan abang, guru tadika ini nasihat pentingnya solat istikharah

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kalau sudah jodoh bertunang dengan adik pun akhirnya berkahwin dengan abang. Itu yang dialami seorang guru tadika berasal dari Tanah Merah, Kelantan ini.

Nur Malina Mohd Rozani, 24, sepatutnya bernikah pada 30 Jun lalu dengan Shahrizuan Shukri, 28.

Namun, sudah ajal tunangnya itu tiba, Allahyarham meninggal dunia akibat lemas di Sungai Pasir Pekan, Kelantan pada 25 Mei lalu.

Beliau kemudiannya dijodohkan dengan abang arwah tunangnya, Shahron Shukri, 32, pada 8 September lalu selepas kedua-duanya menerima keputusan keluarga.

Menurutnya, kisah beliau yang bercinta selepas kahwin boleh dikatakan jodoh. Malah, Nur Malina atau Nina berkata, dia hanya kenal suaminya itu selepas tunang meninggal dunia.

“Perjalanan cinta yang indah sebab semua atas ketentuan Allah dan terjadi begitu pantas. Jodoh yang tak pernah disangka dan kami bertemu dengan cara ini.

Bertunang dengan adik tapi kahwin dengan abang, guru tadika ini nasihat pentingnya solat istikharah

“Mak dan ayah arwah yang kini mentua amat sayangkan saya. Pada masa sama, saya bersyukur dipertemukan dengan orang baik sebab arwah selalu pesan dia sangat sayangkan saya,” lapor Harian Metro.

Cerita Nina lagi, mak dan ayah Allahyarham yang sekarang mentuanya mengambil keputusan untuk menjodohkan beliau dengan abang arwah tunangnya.

“Kebetulan abang arwah ‘single’ lagi dan dia seorang saja yang belum kahwin. Betullah, Allah itu sebaik-baik Perancang.

“Kalau nak tahu, dalam adik-beradik mereka, suami seorang saja yang betul-betul mirip arwah dan namanya pun seakan-akan sama.

“Waktu itu terkejut juga sebab saya kenal suami pun selepas arwah tiada. Sebelum itu, saya tak kenal cuma tahu nama dan cerita yang suami ini sama dengan arwah,” beritahu Nina.

Wanita berkenan menambah beliau menerima kehadiran suaminya itu dan perkahwinan yang dirancang keluarga mereka kerana Allah bukannya bagi mengisi kekosongan hati.

“Saya tak naklah hidup dengan suami tapi terbayang muka arwah. Saya terima dia seadanya dan atas aturan Allah.

“Alhamdulillah, Allah berikan segalanya. Rasa cukup, tenang dan semuanya yang baik-baik. Habis sudah kenangan saya dengan arwah, kini kehidupan saya dengan suami tercinta,” katanya.

Dalam masa sama, Nina berkongsikan sedikit nasihat untuk mereka yang melalui situasi sama sepertinya.

“Jangan takut nak buat solat sunat istikharah. Buatlah sehabis baik dengan ikhlas kerana Allah.

“Memanglah pada awalnya berasa takut, sebab bimbang jawapannya lain dengan yang kita mahu dan rasa susah sangat nak menerima semua ini.

“Tapi kalau itu perkara yang terbaik, Allah pasti permudahkan urusan untuk menerima segalanya.

“Asalkan saja niat kita kerana Allah. Untuk siapa kita hidup melainkan kerana Dia,” ujar Nina lagi.

Baca:

Lupa jangan dibuat main, prestasi otak berkaitan dengan apa disuap, tajamkan ingatan ikut 5 cara ini

Makin menjadi kes bayi maut tertinggal di kereta, ini 5 tips elak tragedi berulang, nombor 4 paling penting

72 manuskrip Melayu purba ada di Belanda, rupanya ini sebab ada VIP Selangor sanggup bakar ‘library’ miliknya