Bersara awal bukan bermaksud duduk rumah tidak buat apa-apa. Sebaliknya bersara awal berkaitan dengan kebebasan kewangan.
Pakar kewangan menasihati orang ramai agar mulakan sekarang untuk simpanan agar diri tidak diperhamba duit.
Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, termasuk bersara awal dan tidak perlu berkerja ketika lanjut usia.
Ini 3 tip dikongsikan Financial Faiz untuk anda menikmati kebebasan kewangan dengan tindakannya perlu dimulakan sekarang:
1. Kurangkan makan di luar
Henti atau kurangkan kekerapan makan di luar. Usah terpengaruh dengan kedai tular. Pantang ada tempat makan viral, terus nak serbu.
Walhal, di situlah berlakunya aliran tunai keluar.
2. Cari sumber pendapatan sampingan
Cubalah buka bisnes kecil-kecilan yang lama-kelamaan nanti jadi besar. Boleh wariskan pada anak cucu.
Sebabnya, majikan di tempat anda bukan sampai anda lanjut usia akan terus mengambil anda sebagai pekerja.
Jual air tebu pun boleh asalkan ada bisnes sendiri yang tak perlukan mahir Excel. Hanya tangan dan kaki yang rajin serta paling penting ialah persiapan mental yang tidak mudah mengaku kalah.
3. Balik kampung berkebun dan menternak
Dah pencen balik kampung, buat rumah dalam kawasaan kebun atau dusun buah-buahan. Tanam sayur, bela ayam dan lembu, berdikari, orang kata.
Tanpa hutang keliling pinggang, RM1,000 sebulan pun sudah cukup selesa hidup di kampung. Tapi, itulah. Tip ini hanya terpakai bagi mereka yang masih ada tanah di kampung.
Baca:
Menahan rindu! Isteri dakwa Safee Sali ‘culik’ anak sejak Februari
Netizen mengeluh martabak mahal, rupanya ini puncanya
Bella Astillah terkejut dituduh rancang tangkap basah Aliff Aziz & Ruhainies